Kes di Arab Saudi naik

RIYADH 16 Julai – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi naik semula apabila 1,298 kes baharu dilaporkan berbanding 1,165 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak  13 lagi pesakit meninggal dunia. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan meningkat kepada 507,423 orang serta  8,048 kematian. Kementerian juga menyebut sebanyak 1,428 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam. Sementara itu Riyadh merekodkan 274 kes diikuti Makkah dan Timur dengan 24 dan Asir 143 kes. Kementerian juga memaklumkan kes aktif sebanyak 11,029 dan 1;400 daripada mereka kritikal..

Read More

54,517 kes, 1,205 kematian

JAKARTA 16 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus melepasi angka 50,000 apabila merekodkan 54,517 kes, dengan kematian pula mencecah 1,205 orang, jumlah meninggal dunia yang tertinggi setakat ini. Ini adalah hari ketiga berturut-turut, kes melepasi angka 50,000 bermula 14 Julai sebanyak 54,517 kes diikuti semalam, tertinggi dengan 56,757. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,780,803 orang dengan jumlah kumulatif kematian pula 71,397. Kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 28,079 orang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 2,204,491 orang. Sementara itu, sehingga Jumaat, jumlah…

Read More

‘Pak Long’ ingatkan jangan rentas

KUANTAN 16 Julai – Jangan rentas daerah atau negeri semasa sambutan Hari Raya Aidiladha ! Itu ingatan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kepada seluruh rakyat Malaysia. Beliau menjelaskan, seluruh negara ketika ini sama ada yang di bawah kategori Fasa 1 atau Fasa 2, masih belum boleh berbuat demikian. Malah Ismail Sabri turut menggesa masyarakat mengambil iktibar beberapa kes lonjakan jangkitan Covid-19 yang berlaku setelah melakukan rentas daerah dan negeri semasa sambutan Aidilfitri lalu. Tegas beliau, sekalipun ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu prosedur operasi standard (SOP) tidak membenarkan aktviti…

Read More

Sinovac tamat selepas 15 juta dos

PUTRAJAYA 16 Julai – Keputusan Malaysia untuk menghentikan pemberian vaksin Sinovac adalah kerana negara akan menerima pesanan penghantarannya yang lengkap pada akhir bulan ini. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin menolak spekulasi bahawa keputusan negara itu berkaitan dengan kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin Sinovac yang dibangkitkan sesetengah pihak. “Kami telah selesai menggunakan persediaan vaksin Sinovac. Pesanan kami semua telah dihantar oleh Pharmaniaga,” katanya. Beliau berkata,penamatan itu tidak ada hubungannya dengan tuduhan kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin. “Saya dapati banyak spekulasi tentang kenapa kita telah menghentikan menggunakan Sinovac tetapi itu…

Read More

9,692 kes harian, 67 kematian

BANGKOK 16 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand terus meningkat apabila 9,692 kes baharu direkodkan berbanding 9,186 kes semalam dan pada masa yang sama 67 lagi kematian dilaporkan. Daripada jumlah kes harian itu,, sebanyak 9,077 melibatkan penduduk awam serta 15 kes import dan 615 lagi melibatkan kalangan banduan. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 5,730 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Sejak 1 April, bermulanya gelombang ketiga Covid-19, sebanyak 353,044 pesakit Covid-19 direkodkan dan, 244,431 sembuh manakala 3,005 meninggal dunia dalam tempoh itu. Dan sejak pandemik bermula…

Read More

13 lokaliti di Kuantan kena PKPD

KUALA LUMPUR 16 Julai – Sebanyak 13 lokaliti di Kuantan, Pahang akan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula Ahad ini hingga 31 Julai depan. Ia membabitkan Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kampadang, Sungai Soi, Kampung Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Tas dan Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum dan Taman Impianku. Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata di Selangor pula, beberapa lokaliti akan dikenakan PKPD bagi tempoh sama iaitu Damai Apartment dan PJS 8, Mukim Damansara, daerah Petaling. Selain itu, Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, daerah…

Read More

PKPD 34 mukim di Selangor tamat

KUALA LUMPUR 16 Julai –  Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor bermula tengah malam ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan situasi semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM). PKPD di 34 mukim di Selangor berlangsung selama dua minggu bermula 3 Julai lalu dan dijadualkan berakhir hari ini. Ia membabitkan mukim merangkumi daerah Petaling (Petaling, Damansara, Sungai Buloh, Bukit Raja), Hulu Langat (Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang) dan Sepang…

Read More

51.9 peratus kes kategori 1

PUTRAJAYA 16 Julai – Angka harian kes Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan dengan 12,541 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini berbanding Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 893,323 kes dengan kes aktif 114,053. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 12,525 adalah kes tempatan melibatkan 9,951 warganegara (79.4%) dan 2,574 bukan warganegara (20.6%) sementara 16 kes import melibatkan 12 warganegara dan empat bukan warganegara. Menurut Dr Noor Hisham, daripada sejumlah kes harian itu , sebanyak 6,504 kes (51.9 peratus) adalah daripada  kategori 1…

Read More

32 lagi kes kluster KTV Singapura

SINGAPURA 16 Julai – Kluster KTV terus menyumbang peningkatan kes baharu jangkitan tempatan Covid-19 di Singapura hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada 53 kes yang dilaporkan hari ini, 32 adalah dari kluster KTV yang menjadikan 120 kes dikaitkan dengan kluster itu. Daripada 53 kes jangkitan tempatan baharu yang dilaporkan, 24 dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikenakan kuarantin. Sebanyak 20 kes dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan dikesan menerusi ujian pengawasan. Sembilan kes pula tiada hubung kait,. Di samping itu juga lapan kes import dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah…

Read More

Filipina tambah 5,676 kes

MANILA 16 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,676 kes tambahan Covid-19 hari ini sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 1,496,328 kes. Sebanyak 16 kes dijangkiti varian Delta di mana 11 tempatan dan lima lagi melibatkan kes import iaitu ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu, Qatar dan Bahrain. Seorang daripadanya meninggal dunia. Setakat pukul 4 petang ini, seramai 2,670 pesakit telah sembuh dan dibenar meninggalkan hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 1,421,372 atau 95.0 peratus. Pada masa yang sama, 162 pesakit dilaporkan meninggal dunia.dan ini membawa kepada…

Read More