9,692 kes harian, 67 kematian

BANGKOK 16 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand terus meningkat apabila 9,692 kes baharu direkodkan berbanding 9,186 kes semalam dan pada masa yang sama 67 lagi kematian dilaporkan.

Daripada jumlah kes harian itu,, sebanyak 9,077 melibatkan penduduk awam serta 15 kes import dan 615 lagi melibatkan kalangan banduan.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 5,730 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Sejak 1 April, bermulanya gelombang ketiga Covid-19, sebanyak 353,044 pesakit Covid-19 direkodkan dan, 244,431 sembuh manakala 3,005 meninggal dunia dalam tempoh itu.

Dan sejak pandemik bermula awal tahun lepas, sebanyak 381,907 kes dilaporkan dengan 271,857 sembuh manakala 3,099 kematian dilaporkan.

Bagi kes kematian pula, ia melibatkan mereka yang berusia antara 27 hingga 104 tahun dan 65 adalah warga Thai, seorang Myanmar dan Kemboja.

Sementara itu Bangkok merekodkan 33 kematian di samping lima kes setiap satu di Samut Prakan dan Pathum Thani, dua di Nakhon Nayok, Nakhon Pathom, Nakhon Ratchasima, Nakhon Sawan, Prachuap Khiri Khan, Yala, Songkhla dan Samut Sakhon, dan setiap satu di Chiang Rai, Phetchaburi, Trat, Narathiwat, Roi Et, Sakon Nakhon, Amnat Charoen dan Udon Thani.

Bangkok merekodkan 2,195 kes diikuti Samut Sakhon 653, Samut Prakan 607, Chon Buri 530, Nonthaburi 456, Chachoengsao 374, Yala 264, Pathum Thani 243, Nakhon Pathom 202 dan Pattani 191

Sementara itu 15 kes import melibatkan ketibaan dari  India (1), Kuwait (1), Singapura (1), Emiriyah Arab Bersatu  (1), Kemboja (5) dan Myanmar (6 ) including 5 illegal Thai returnees).

Sehingga Khamis, 106,951 orang mendapatkan rawatan di hospital.di mana  3,367 pesakit dalam keadaan serius dan 847 memerlukan bantuan pernafasan..

Related posts

Leave a Comment