Sekali lagi kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 31 Julai – Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi apabila 17,786 kes dilaporkan setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata peningkatan jumlah kes itu menjadikan negara kini merekodkan sejumlah 1,113,272 kes positif virus berkenaan sejak Januari tahun lalu. Kes harian tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah 17,405 kes pada 28 Julai lalu. Sebanyak 17,777 kes membabitkan penularan tempatan iaitu 15,151 warganegara (85.2 peratus) dan 2,626 bukan warganegara (14.8 peratus), manakala enam kes import membabitkan rakyat tempatan dan empat warga asing.…

Read More

Semoga tidak ada dijangkiti Covid-19

KUALA LUMPUR 31 Julai – Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berharap agar semua peserta yang terbabit dalam protes berhampiran kawasan Dataran Merdeka pagi ini tidak dijangkiti Covid-19. “Saya bimbangkan keselamatan peserta perhimpunan tersebut kerana terdedah kepada bahaya jangkitan Covid-19. “Mungkin ada yang dijangkiti dan bawa Covid-19 pulang ke rumah lalu merebak hasil daripada perhimpunan tersebut,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di AXIATA Arena di Bukit Jalil petang ini. Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan, tidak ada mana-mana perhimpunan dibenarkan ketika ini memandangkan Perintah Kawalan…

Read More

120 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Julai – Singapura melaporkan 117 kes tempatan baharu Covid-19 dan tiga kes import setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 64,981. Sebanyak 67 kes tempatan berhubung kait dengan kes terdahulu dan sudahpun dikuarantin, lapan berhubung kait dengan kes sebelumnya dikesan melalui ujian pengawasan dan 42 kes tiada hubung kait dengan kes-kes lalu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 26 kes berkait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim manakala satu berhubung kait dengan kelompok KTV. Berikutan perkembangan ini kluster Pelabuhan Perikanan Jurong…

Read More

Lima negeri lebih 1,000 kes

PUTRAJAYA 31 Julai – Lima negeri masih merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan Covid-19 dengan Selangor mendahului diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Kedah. Perlis pula semakin menunjukkan peningkatan walaupun jumlah yang kecil iaitu 16 kes berbanding 13 semalam. Selangor merekodkan 6,400 kes, meningkat jika dibandingkan 6,092 semalam, Kuala Lumpur 1,962, turun berbanding 2,114 semalam, Kedah 1,389 (1,281), Johor 1,144 (1,104) dan Sabah 1,035 (1,066). Negeri Sembilan juga menunjukkan penurunan kes harian hari ini dengan merekodkan 929 berbanding 1,079 semalam manakala Terengganu 883 kes berbanding 258 semalam. Lima negeri…

Read More

Mesyuarat Dewan Rakyat ditangguh

KUALA LUMPUR 31 Julai – Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin menerusi satu notis kepada semua Ahli Dewan Rakyat pada hari ini. Nizam menjelaskan, pemakluman ini dibuat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu…

Read More

Syarat kemasukan dari Australia, Jiangsu

SINGAPURA 31 Julai – Langkah sempadan lebih ketat dikenakan bagi pelawat yang memasuki Singapura mulai pukul 11.59 malam Isnin ini jika mereka mempunyai sejarah perjalanan ke Australia dan wilayah Jiangsu, China. Menurut Kementerian Kesihatan, langkah itu diambil setelah terdapat lonjakan kes Covid-19 di sana. Dalam kenyataannya, MoH menjelaskan, semua pelawat dengan sejarah perjalanan ke Australia dalam tempoh 21 hari lalu akan perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan khas. Di bawah langkah-langkah sedia ada, rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang memasuki…

Read More

Rekod tertinggi di Thailand

BANGKOK 31 Julai – Thailand mencatatkan rekod baharu hari ini apabila jumlah jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 18,912 kes dengan 178 kematian, kedua-duanya angka tertinggi setakat ini. Jumlah tertinggi sebelum ini adalah 17,669 kes dan 165 kematian yang dilaporkan pada Khamis lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 597,287 orang dengan 4,857 kematian. Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 18,102 melibatkan orang awam (termasuk 10 kes import) dan 810 dalam kalangan banduan penjara. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 10,750 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh. Sejak 1 April lalu, bermulanya gelombang ketiga,…

Read More

8,147 kes baharu Filipina

MANILA 31 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,147 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan meningkat kepada 1,588,965. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 167 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 27,889 kematian. Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 1,500,189 atau 94.4 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini, sebanyak 9,117 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital. Kes aktif yang direkodkan adalah 60,887.

Read More

Kontak rapat tambah kes Sabah

KOTA KINABALU 31 Julai – Saringan kontak rapat menyumbang pertambahan kes positif Covid-19 empat angka apabila 1,035 kes dilaporkan di negeri ini hari ini, kata jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Masidi Manjun, Katanya, saringan kontak rapat terus menyumbang angka kes positif tertinggi dengan 48 peratus atau 497 kes daripada jumlah keseluruhan. “Ini satu petanda jelas bahawa virus Covid-19 sudah berada dalam komuniti dan jangkitan berlaku secara sporadik (tidak tahu siapa yg menjangkiti atau bagaimana boleh terjangkit),” katanya seperti dilapor Astro Awani. Selain itu, saringan individu bergejala pula menyumbang 251 kes…

Read More

Perintah berkurung mengejut Brisbane

BRISBANE: Bagi membendung penularan varian Delta, bandar ketiga terbesar di Australia, Brisbane serta beberapa kawasan lain di wilayah Queensland memulakan perintah berkurung mengejut Covid-19 mulai pukul 4 petang hari ini , 31 Julai. Penduduk di bandar itu dan beberapa kawasan lain akan dikenakan perintah duduk di rumah selama tiga hari sehingga pukul 4 petang 3 Ogos 2021. Timbalan Ketua Menteri wilayah itu, Steven Miles berkata, satu-satunya cara untuk melawan varian Delta adalah dengan bergerak cepat, pantas dan kuat. Enam kes baru dilaporkan pada Sabtu dalam satu kluster varian Delta yang…

Read More