Filipina tambah 5,676 kes

MANILA 16 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,676 kes tambahan Covid-19 hari ini sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 1,496,328 kes.

Sebanyak 16 kes dijangkiti varian Delta di mana 11 tempatan dan lima lagi melibatkan kes import iaitu ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu, Qatar dan Bahrain. Seorang daripadanya meninggal dunia.

Setakat pukul 4 petang ini, seramai 2,670 pesakit telah sembuh dan dibenar meninggalkan hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 1,421,372 atau 95.0 peratus.

Pada masa yang sama, 162 pesakit dilaporkan meninggal dunia.dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 26,476 kematian.

Sementara jumlah kes aktif pula 48,480 atau 3.2 peratus.

Related posts

Leave a Comment