SELAMAT TAHUN BAHARU 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, kita dapat melangkah ke tahun 2020 pada hari ini, Rabu 5 Jamadilawal 1441H. Semoga 1 Januari 2020 ini memberi kehidupan yang baik kepada kita semua.

Terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah di laman ini walaupun saya tidak membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai kehadirannya. Ini kerana saya belum dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap laman ini. Justeru banyak kekurangan yang ada.

Bagaimanapun laman ini lebih kepada membuka ruang untuk saya menulis selepas persaraan dalam dunia kewartawanan. Dan yang lebih penting tempat untuk merujuk koleksi Selak yang pernah disiarkan setiap Isnin di Utusan Malaysia tidak lama dulu.

Begitu juga dengan tulisan yang dibuat di Facebook dan sebagainya. Semoga bahan-bahan ini bermanfaat kepada semua untuk rujukan. Masih banyak yang perlu saya belajar bagi mengisi laman ini.

Saya juga berterima kasih kepada sahabat Utusan, Roslan Tawang dan isteri Hamidah Zabidi yang banyak membantu membangunkan laman ini sekitar November 2019.

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar,” (Al-‘Asr)

“Berbuat baiklah dengan masa yang berbaki, moga diampunkan bagi kamu apa yang telah lalu dan apa yang berbaki, namun sesungguhnya jika kamu berbuat buruk pada masa yang berbaki, maka kamu akan dibalas dengan keburukan yang telah lalu dan berbaki.”