819 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 31 Dis. – Jumlah kes harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 819 kes berbanding 752 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi individu dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 556,236 dengan 8,877 meninggal dunia. Sebanyak 239 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 541,853 orang. Dalam kalangan kes aktif, sebanyak 54 orang dalam keadaan kritikal.

Read More

444 kes Covid-19 mangsa banjir

PUTRAJAYA 31 Dis. – Dua lagi kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir setakat pukul 3 petang tadi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 444 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mengikut rekod, jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir seramai 4,520 orang. Dalam kenyataannya, beliau berkata jumlah keseluruhan kes positif di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal 15 selepas tiada penambahan kes baharu hari ini. Sebanyak 57 PPS masih beroperasi iaitu 32 di Pahang, Kelantan (17), Selangor (empat), Terengganu (tiga), dan Negeri Sembilan (satu). Jumlah kluster Covid-19 di PPS kekal satu…

Read More

3,573 kes jangkitan baharu

PUTRAJAYA 31 Dis. – Sebanyak 3,573 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini, membabitkan 3,521 kes atau 98.5 peratus pesakit kategori 1 dan 2 manakala bakinya kategori 3, 4 serta 5. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif kes sebanyak 2,758,086, manakala 3,988 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kumulatif 2,685,378. Menurut beliau, sebanyak 343 kes Covid-19 hari ini adalah import dan bakinya 3,230 lagi kes tempatan. Sebanyak 269 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan  217 kes…

Read More

Turkovac vaksin tempatan Turki

ANKARA: Mulai semalam, 30 Disember, Turki mula memberi suntikan vaksin Covid-19 keluaran tempatan, Turkovac, di hospital-hospital seluruh negara. Turkovac diberikan kelulusan bagi penggunaan darurat oleh pihak berkuasa Turki pada minggu lalu, selepas pelancarannya ditunda beberapa bulan.  Menteri Kesihatan Fahrettin Koca.menggesa penduduk supaya mendapatkan suntikan dos penggalak mereka berikutan lonjakan kes Covid-19. “Tidak kira vaksin keluaran mana yang diterima anda sebelum ini, anda boleh mendapatkan dos penggalak Turkovac,” kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca. Turki sudah menyuntik lebih 130 juta dos vaksin Sinovac dari China dan Pfizer-BioNTech. Jumlah harian kes koronavirus di…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.98

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara naik lagi kepada 0.98 semalam berbanding 0.95 pada hari sebelumnya. Tiga negeri merekodkan kadar sama atau lebih tinggi,  didahului Kelantan 1.05, Terengganu 1.01 dan Melaka 0.98. Tiga belas negeri merekodkan kadar di bawah 0.98 iaitu Johor 0.97, Kedah 0.97, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.95, Perak 0.95, Pulau Pinang 0.92, Selangor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  masing-masing 0.90. Ini diikuti Negeri Sembilan dan Pahang 0.89, Perlis 0.85, Wilayah Persekutuan Labuan 0.82 dan Sarawak 0.72.

Read More

Sarawak, Kelantan ke Fasa 4 PPN

PUTRAJAYA 31 Dis. – Seluruh negara akan berada di Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berikutan Sarawak dan Kelantan akan beralih ke fasa itu Isnin ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak khususnya Kerajaan Negeri yang bertungkus-lumus mengurus situasi pandemik di negeri masing-masing terutama demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan di bawah PPN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Hishammuddin bagaimanapun…

Read More

Meningkat dua kali ganda di India

NEW DELHI: Jangkitan harian Covid-19 meningkat lebih daripada dua kali ganda sepanjang minggu lalu di India. Pada Khamis, angka jangkitan harian di negara itu merekodkan 13,154 sekaligus mendorong Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai untuk berwaspada. Berikutan itu, sekatan dan perintah berkurung sebelah malam diumumkan di beberapa negeri India termasuk New Delhi. Setakat ini, India mengesan 961 jangkitan Omicron di seluruh negara sejak kes pertama muncul pada 2 Disember dan 320 pesakit sudah pulih. Hujung minggu lalu, Perdana Menteri India Narendra Modi mengumumkan negara itu akan mula memberi vaksin kepada remaja…

Read More

Rekod harian tertinggi di UK

LONDON: United Kingdom mencatat 189,213 kes baharu Covid-19 pada Khamis, 30 Disember, rekod tertinggi bagi negara itu, dengan 332 kematian. Menurut data kerajaan, jumlah itu naik dari 183,037 pada Rabu disebabkan varian Omicron yang semakin menular.  Walaupun kerajaan menyifatkan Omicron sebagai lebih ringan, ia juga lebih mudah berjangkit dan kes jangkitan yang melonjak menyebabkan pelbagai gangguan termasuk syarikat kereta api membatalkan khidmat akibat kekurangan kakitangan. Begitu juga pembatalan permainan bola sepak EPL.  Data berasingan juga menunjukkan bahawa jumlah katil hospital untuk pesakit yang disahkan dijangkiti Covid-19 naik lebih 4,000 dari…

Read More