SETIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN

Syukur Alhamdulillah, kita dapat melangkah ke tahun 2021, pada hari penuh barakah, Jumaat 17 Jamadilawal 1442H. Diharapkan permulaan tahun baharu pada hari penghulu segala hari ini akan membawa sesuatu yang lebih baik selepas hampir setahun kita diselubungi keresahan akibat pandemik Covid-19. Banyak perkara yang tidak dapat dilakukan sepanjang tahun 2020. Dalam erti kata lain tahun 2020 mengubah kehidupan setiap makhluk di muka bumi ini. Kebiasaan bertukar menjadi luar biasa. Kita diminta untuk hidup dalam suasana norma baharu di mana sesuatu yang tidak kita lakukan perlu dilakukan dan sesuatu yang menjadi…

Read More