JIKA minggu lalu Selak bawa menyorok di ‘Warung Kopi Kampung’ minggu ini kita singgah pula di Kedai Kopi Sudin. Tetapi kedai ini tutup setiap Ahad. Kalau nak cuba menyorok di sini bolehlah jenguk hari Isnin hingga Sabtu. Terletak di Radius Business Park, kedai kopi ini menjadi salah satu port untuk menyorok jika bertandang ke Cyberjaya. Konsep kedai ini seperti ‘food court’ dengan sistem layan diri. Pesan dan bayar, tunggu di meja. Memasuki kedai ini, akan kelihatan ‘gerai’ yang tertulis tulisan rumi dan jawi. Sejuk mata memandang tulisan jawi yang masih…
Read MoreCategory: SELERA
Menyorok Kopi ‘O’ Kampong
SINGGAH di Pavilion Kedah MAHA 2024 baru-baru ini ternampak Galeri Kopi ‘O’ Kampong. Malangnya malam tu kopi kehabisan stok. Ada minuman botol saja. Apa pun ia mengembalikan kenangan ‘menyorok’ di lokasi asalnya di Hutan Kampung, Alor Setar pada Julai tahun lalu. Rasanya tidak banyak berubah. Mungkin menu bertambah. Ada kelainan ‘menyorok’ di sini. Terbayang kopi ‘O’ yang dimasak dalam cerek hitam di atas dapur kayu. Rasanya memang berbeza kerana aroma dapur kayu ini. Khabarnya kopi yang digunakan tulen tanpa campuran bahan lain. Pemilik Kafe Kopi O Kampong, Ruslin Long. Masuk…
Read MoreMenyorok selera Terengganu di KL
KALAU pagi dah sampai di kawasan Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, lokasi pilihan untuk menyorok adalah Restoran D’ Ganu Kitchen. Orang Terengganu tentu tahu restoran ni. Kalau tak silap alamatnya No 6, Jalan Chow Kit Kiri, Chow Kit. Lebih mudah naik LRT turun di Stesen PWTC. Keluar dari stesen ambil kanan, turun tangga ke arah Sungai Gombak, maka nampaklah kerusi meja restoran tu. Kira ikut jalan belakang tepi sungai. Jika ikut pintu depan, di hujung jalan atau lorong tu ada parkir berbayar. Baru-baru ni, kebetulan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO…
Read MoreAnggerik Desa bukan sekadar ‘menyorok’
KHAMIS lalu, 29 Ogos ketika bermalam di Seberang Jaya, lokasi pilihan untuk menyorok adalah Anggerik Desa Tomyan, Bandar Sunway. Biasanya akan singgah di sini untuk makan tengah hari atau makan malam. Sebelum ini lebih kerap menyorok di pasar awam Seberang Jaya. Di situ macam-macam makanan ada. Kebiasaannya apabila disebut tomyam, ada yang beranggapan tomyam sahaja yang dijual dan biasanya pada waktu petang dan malam. Tetapi di Anggerik Desa Tomyam, sejak pukul 8 pagi, restoran orang Kelantan ini sudah menyediakan macam-macam makanan untuk menyorok atau sarapan.. Waktu pagi bukan sekadar juadah…
Read MoreMacam-macam roti ada di Sri Bistari
HARI ni menyorok awal. Selepas kuliah Subuh, sekitar 7.30 pagi dah minum. Menu pagi ini roti canai Restoran Al-Mustaqim Bandar Seri Putra. Sebut roti canai, untuk catatan MENYOROK minggu ini, saya pilih Restoran Sri Bistari KK di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Sudah beberapa kali menyorok di sini. Macam-macam menu ada di sini – yang dianggap ‘ringan’ sehingga yang ‘berat’. Kalau hujung minggu memang ramai. Bagi mengelak menunggu pelanggan selesai menyorok, saya biasa ke sini pada hari-hari biasa. Istimewanya di sini adalah roti, bukan setakat roti canai kosong. Kalau tak…
Read MoreKedai Kopi Jalan Ampas
BIASANYA sebelum ke pejabat, menyorok siap-siap di restoran mamak di Bandar Seri Putra – Taqwa, Mustaqim atau Arsad. Tapi baru-baru ini terus ke Kedai Kopi Jalan Ampas, Cyberjaya. Sudah lama di Cyberjaya tapi tak pernah singgah di situ. Memang pernah ke lokasi RekaScape, Persiaran Apec tetapi untuk makan tengah hari di sebuah gerai yang ada di situ dan ketika itu kedai kopi berkenaan belum wujud. Khabarnya belum sampai setahun beroperasi. Melangkah masuk kedai kopi ini, bagi ‘orang lama’ tentunya akan terus mengimbau nostalgia industri filem era P.Ramlee. Apatah lagi mendengar…
Read MoreRasa suasana dan selera di Ruai Rasa
SATU lagi lokasi ‘menyorok’ dalam suasana kehijauan alam adalah di Ruai Rasa. Lokasinya di Plot 10, Lot 480 Batu 2 1/2 Jalan Bangi Lama Semenyih. Bagi yang pernah menyorok di Kebun Puisi, kedudukan Ruai Rasa jauh sedikit. Kedudukannya ke dalam sedikit dari jalan utama. Dibuka Selasa hingga Ahad, 7.30 pagi hingga 3 petang dan tutup pada Isnin (boleh semak jika ada perubahan). Di sini ada masakan Melayu dan Inggeris, maknanya ada pilihan jika mahu ‘lari’ daripada masakan Melayu. Khabarnya pada hujung minggu ramai yang menyorok di sini. Mujurlah saya pergi…
Read MoreMenyorok di tepi tingkap
makan pagi menjelang tengah hari – bolehlah singgah menjamu selera di Cruffee Crust & Coffee. Dibuka mulai pukul 11 pagi. Lokasinya di No. 10 Jalan Pusat Perniagaan Desa Kolej 1, Taman Desa Kolej, Bandar Baru Nilai. Kedudukannya di belakang stesen minyak Petronas tapi kena cari jalan masuk. Jangan terus terjah belakang stesen minyak tu… Makanannya pelbagai yang sesuai dengan selera anak-anak sehingga warga emas. Terkini menu baharu adalah nasi lemak basmathi berempah. Khabarnya nasi lemak basmathi bukan ada hari-hari. Boleh semak. Baru-baru ni ketika singgah di situ, Selak pekena lempeng…
Read MoreJiwa Kacau di Warung Bunian
SUDAH bertahun-tahun tidak ‘menyorok’ di Warung Bunian, Kampung Desa Putra, Kajang. Lokasi ini berhampiran Putrajaya. Kedudukannya agak tersorok. Mereka yang melalui jalan belakang ke Putrajaya dari Bangi lama akan ketemu tempat ini. Kemalasan singgah di sini juga kerana biasanya ramai orang lebih-lebih lagi hujung minggu. Pergi lewat ada makanan dah habis di samping masalah nak letak kereta. Apa pun Rabu lalu, 17 Julai, berpeluang juga menyorok di situ. Tetapi pukul 10 pagi baru terjah. Suasananya tidak banyak berubah berbanding suatu masa dulu, lima enam tahun lalu semasa menyorok di situ.…
Read MoreJom ‘menyorok’ di dalam kebun
HUJUNG minggu menyorok di mana? Menyorok bagi orang Kedah membawa maksud sarapan pagi atau breakfast, bukan main sembunyi-sembunyi. Bagi yang berada di sekitar Nilai, malahan di Lembah Klang bolehlah cuba menyorok di dalam kawasan atau suasana kebun. Makanan Melayu. Hanya sarapan, tidak ada makan tengah hari, petang atau malam. Khabarnya Selasa, Rabu tutup (sila semak). Kawasan sekitarnya bersih, selesa serta perkhidmatan yang pantas. Itu penilaian awal kepada D’Pangkin Kitchen & Garden. Sedap atau tidak menu yang disediakan bergantung kepada tekak masing-masing. Namun bagi sesetengah orang ‘servis’ yang pantas itu keutamaan.…
Read More