Hari ini dalam sejarah

JIKA 30 Ogos 1964 hari kelahiran Mingguan Malaysia, hari ini 1 September 1967, atau 01.09.1964, Utusan Malaysia pula dilahirkan. Bagaimanapun, angka 9 menjadi ‘pembuka dan penutup’ kelahiran dan kematian akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB). Catatan ini hanyalah sekadar mengingati sejarah bukan bertujuan meratapi pemergiannya, nanti orang kata bergeraklah ke hadapan, jangan pandang belakang. Maka saya tidak mahu menulis pasal Utusan Malaysia yang sudah ‘berkubur’ itu. Saya pernah tulis pada saat ‘kegeringannya’ itu pun saya letak di selak-selak.com sebagai catatan kenangan D’UTUSAN. [BACA :…

Read More

Perginya ‘pengurus, ibu, kakak, sahabat’

UTUSAN Melayu telah lama ‘mati’ tetapi semangat Kak Rose untuk ‘berkhidmat’ kepada keluarga Utusan ‘tidak pernah mati’. Sehingga ke akhir hayatnya, jawatannya masih kekal bersama Utusan Melayu. Itu yang terlintas di fikiran saya menjelang Maghrib petang ini sebaik sahaja menerima khabar duka pemergian Kak Rose atau Roseminah Ahmad, 73. Kak Rose meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur selepas menerima rawatan di hospital berkenaan tiga minggu lepas. Pemergian yang amat tragis, korban Covid-19. Allahyarham menyertai Utusan sebagai wartawan pada tahun 1968 dan pernah memegang jawatan pengarang majalah…

Read More

Imbasan 2018 ..cerita semalam.

03.12.2018 : AHAD & TUGAS Semalam, Ahad jika tidak bercuti, biasanya selepas Zuhur saya akan melangkah ke pejabat. Dan jika bercuti, akan mula merangka bahan untuk diselak. Jika perlu maklumat tambahan, saya akan WhatsApp rakan Pusat Maklumat sama ada Rozi, Ishak, Kamaruzaman. Biasanya, ayat Assalamualaikum. Kerja? atau Siapa kerja hari ni? Biasanya respons tidak mengecewakan, cuma lambat atau cepat. Mereka sudah tahu maksudnya. Mereka akan membantu atau menyenaraikan siapa bertugas. Begitulah rutin Ahad. Sampai di pejabat, bahan yang diminta siap sama ada di atas meja atau melalui e-mel. Bermulalah kerja…

Read More

Dua tahun sesudah VSS Utusan

ASSALAMUALAIKUM sahabat-sahabat VSS. Sudah dua tahun, lebih 700 pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Berhad memilih skim pemberhentian sukarela (VSS). Namun pampasannya belum menjadi kenyataan. Bayaran pampasan tersekat di ‘awal perjalanan’ dan terus teraba-raba bagaikan di dalam terowong. Belum nampak sinarnya kecuali baru-baru ini muncul i-Sinar. Dalam tempoh penantian ini, ada sahabat VSS yang sudah meninggal dunia. Ada juga yang sedang terlantar sakit. Ada yang masih menganggur. Ada yang sedang menghabiskan simpanan hari tua mereka – caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dan ada juga yang sudah layak sebagai asnaf. Kita merancang,…

Read More

Imbas kembali Selak terakhir

SALAM perpisahan! Itu ayat permulaan yang lebih sesuai untuk minggu ini jika ayat pertama ruangan Selak pada 29 Disember 2008 bermula dengan Salam perkenalan dan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430. Saya tidak pasti adakah ini catatan terakhir apabila minggu ini saya bersama hampir 800 orang lagi akan meninggalkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Mulai 1 Disember, kami akan berhijrah sebagai orang yang menyahut Skim Pemisahan Sukarela (VSS). Dalam ‘keterpaksaan kami melangkah kaki’ meninggalkan sebuah syarikat yang sudah banyak jasanya. Biar apa orang kata, terima kasih kepada Utusan kerana memberi rezeki…

Read More

Kenangan buat kakitangan VSS

IMBASAN 27.11.2018 : VSS PENGHARGAAN Terima kasih Kelab Editorial Utusan. Menjelang berakhirnya tempoh perkhidmatan peserta VSS, Kelab Editorial Utusan menganjurkan majlis ‘penghargaan’ di tingkat 4. Majlis yang biasa diadakan setiap kali berlaku peletakan jawatan, persaraan atau perpindahan. Setiap yang memilih VSS diberi cenderamata karikatur wajah masing-masing. Terima kasih para pelukis @ kartunis terutama dalam kalangan warga kerja Utusan sendiri.

Read More

Tiada lagi senyuman dan sapaan mesra seorang sahabat

PAGI ini 17 November 2020,  menerima perkhabaran duka mengenai pemergian dua orang bekas warga kerja Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Seorang dari Jabatan Pengeluaran Bangi dan seorang dari Jabatan Pengarang. Khabar pertama, Mohd Riza Osman meninggal dunia pukul 6.45 pagi selepas sesak nafas di rumahnya di Bandar Tasek Kesuma, Semenyih disusuli berita Dato Baharom Mahusin pergi buat selamanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pukul 7.23 pagi  akibat jangkitan kuman dalam darah. Untuk rekod, kedua-duanya adalah antara lebih 700 bekas kakitangan yang memilih skim pemberhentian sukarela (VSS) yang masih menunggu…

Read More

Kreativiti pembaca Utusan

CATATAN FB 2017. UTUSAN Malaysia pernah menganjurkan Peraduan Menangsakan. Peraduan mudah di mana peserta perlu mengumpul keratan kepala akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Ramai yang menyertai dan menghantar penyertaan menggunakan kreativiti walaupun itu bukan syarat utama. 27.10.2017 : #UMENANGSAKAN Pemilihan 202 pemenang Siri C #UMenangsakan berlangsung semalam. Banyak penyertaan diterima sama ada untuk peraduan Bulanan atau Bonanza bagi bulan Ogos. Walaupun pemilihan pemenang tidak berdasarkan kepada kreativiti tetapi ramai yang menghantar penyertaan mengikut kreativiti masing-masing. Ada yang menjadikan keratan kepala akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia sebagai pokok, bunga, rama-rama, dan…

Read More

Setahun penutupan Utusan

MENGIMBAS KEMBALI TULISAN 9 Oktober 2019 – HARI TERAKHIR UTUSAN DITERBITKAN Tragedi Oktober, ‘semalam dan hari ini kita diukir sejarah’ MALAM tadi, seorang rakan mengirimkan sekeping foto menunjukkan beberapa orang petugas di Tingkat 4, Jabatan Pengarang Utusan Malaysia sedang ‘mengemas’. Di sisi meja ada kotak berisi dokumen dan barangan mereka. Sebak, sedih, pilu di tengah malam mengenangkan babak ini serta nasib 800 kakitangan yang masih bersama Utusan. Terkebil-kebil mata sehingga lewat tengah malam memikirkan apa episod seterusnya. Nasib warga kerja Utusan. Babak sedih ini (mengemas meja dan bilik) mengingatkan kembali…

Read More