Johor tiang seri UMNO pemangkin kebangkitan

REKOD Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor pada Sabtu lalu menyaksikan UMNO hanya tewas satu daripada 37 kerusi yang ditandingi itu pun dengan majoriti yang diperoleh calon PH dari Amanah dianggap tipis. Adakah keputusan itu sebagai petanda bahawa Johor kembali sebagai ‘tiang seri’ UMNO seperti masa lalu ditambah pula keupayaan rakan dalam BN iaitu MCA dan MIC merekod kejayaan yang baik termasuk menawan kerusi DAP. Kejayaan itu juga amat bermakna selepas sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 pada 11 Mei 2026 yang lalu berlangsung di tempat ‘kelahiran’ parti itu…

Read More

Kalah bergaya selepas kempen agresif

IMPIAN Pakatan Harapan (PH) untuk menguburkan UMNO di Johor, tidak kesampaian walaupun salah seorang pemimpinnya sudah membaca ‘talkin’ menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN). Pada masa yang sama hasrat Perikatan Nasional (PN) sekadar bertanding untuk menjadi pembangkang ditolak bulat-bulat. Apa guna bertanding sekadar mahu jadi pembangkang? Sebaliknya UMNO diketuai ‘budak’ bernama Onn Hafiz Ghazi menambah tiga kerusi, hampir menguburkan Amanah dan PKR apabila menang 36 kerusi, tewas satu kerusi dengan majoriti kecil. Manakala rakan komponen Barisan Nasional (BN) –  MCA dan MIC turut mencemaskan DAP, walaupun…

Read More

Kerajaan Persekutuan bukan milik PH

MALAM tadi, Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) – PKR, DAP, Amanah supaya tidak menjaja naratif meminta Bangsa Johor memilih kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan Pusat. Adakah kerajaan negeri Johor, diterajui Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Onn Hafiz Ghazi tidak selari dengan kerajaan Persekutuan (Pusat)? Sejak awal lagi, pemimpin PH ‘memutarkan’ naratif itu di pentas ceramah kempen mereka seolah-olah BN itu tidak wujud dalam kerajaan Persekutuan sedangkan Ahmad Zahid mengakui ibarat berada di tengah-tengah hidangan sandwich . Modal kempen mereka termasuk bertaraf menteri…

Read More

‘Syurga PATI’ patut ikut cara Australia

Oleh Datuk Dr Ibrahim Ali (Presiden Putra)   1.Malaysia patut ikut cara Australia menangani isu Pelarian Tanpa Izin atau PATI.Keadaan di Malaysia sudah bertambah buruk mengenai PATI. 2.PATI sudah begitu ramai dan ada yang bertindak atau sangat biadap, kurang ajar, melakukan jenayah serta berani melanggar undang-undang. 3.Apa kesudahannya? Apa sebenarnya dasar kerajaan mengenai PATI sebelum keadaan bertambah buruk? 4.Di bawah undang-undang Negara Australia, sesiapa sahaja yang datang menaiki bot tanpa izin diharamkan sama sekali daripada menetap di Australia seumur hidup walaupun mereka sah berstatus pelarian tulen 5.Jika sebuah kapal pelarian…

Read More

Bersatulah keluarga besar PN

DATO DR IBRAHIM ALI PRESIDEN PUTRA   1. Saya menulis ini sebagai orang kerdil dalam politik tapi ada sedikit pengalaman melalui penglibatan pelbagai pergolakan dan peristiwa politik tanah air dan bukan sebagai orang yang buta membaca gerak kuasa. Pas ialah parti Islam yang matang dan berpengalaman. Bersatu pula lahir daripada keresahan rakyat terhadap politik lama, dengan pengalaman pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pas ada jentera dan disiplin akar umbi. Bersatu ada pengalaman kerajaan dan jaringan kuasa. Dua kekuatan ini kalau digabungkan boleh menumbangkan kerajaan Madani yang hiruk piruk. Kalau dipecahkan…

Read More

Khidmat komuter umpama tiada “titik noktah”

DALAM menghadapi isu kos bahan api, Menteri Pengangkutan  Anthony Loke tampil dengan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam – maksudnya bas, komuter, LRT, MRT, monorel, ERL dan sebagainya. Beliau juga menggalakkan syarikat e-hailing mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool” – penumpang berkongsi perjalanan secara lebih efisien dengan kadar tambang yang lebih berpatutan. Berkaitan dengan pengangkutan juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menggalakkan orang ramai supaya merancang perjalanan mereka dengan keluar rumah lebih awal. Mereka yang memilih untuk keluar rumah lebih awal bukan sahaja dapat perjalanan…

Read More

Babi, kuil: Orang politik usah ‘berjanji’ lagi

MUKTAMADKAN! Itu titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj semalam berhubung projek ternakan babi dan pembinaan kuil di tapak tidak sah yang menimbulkan ‘pertelingkahan’ melibatkan orang ramai dan pimpinan politik. Maknanya dua isu ini perlu diselesaikan, jangan kedengaran lagi keluh kesah rakyat Selangor berhubung isu-isu yang berlarutan – pasang surut, tidak pernah selesai. Rakyat tentu lega dengan ketegasan Sultan Sharafuddin selaku Ketua Agama Islam di Selangor yang sentiasa mengambil berat sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama selaras dengan prinsip tolerasi yang menjadi teras keharmonian masyarakat. Kini terletak di bahu…

Read More

DAP gulung penggulungan PAU 2025

IBARAT penggulungan dalam penggulungan. Rumah siap pahat berbunyi! Begitulah kisahnya apabila Setiausaha Agung DAP Anthony Loke terpaksa ‘menggulung penggulungan’ perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2026. Ketika perwakilan UMNO sudah meninggalkan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC), sejak semalam, mungkin kebanyakan sudah sampai di rumah masing-masing, masih ada agenda yang belum selesai. Siapa bercakap benar! Bukan sekadar Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘digulung’ malahan Timbalannya Mohamad Hasan (Tok Mat) turut digulung dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Ternyata Loke mengikuti perkembangan perbahasan di…

Read More

Angka bukan lagi ukuran kejayaan, sokongan

JIKA pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024, Setiausaha Agung Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan jumlah keahlian parti itu mencecah 3,447,445 orang tetapi sempena PAU 2025, angka itu meningkat kepada 3.52 juta. Tentunya pengumuman itu sesuatu yang membanggakan anggota UMNO kerana mereka mempunyai jumlah ahli teramai berbanding lebih 1 juta keahlian yang dimiliki oleh Pas atau PKR Namun angka tidak menggambarkan sokongan sebenar yang akan diterima pada hari pengundian, iaitu semasa pilihan raya diadakan. DAP contohnya tidak bergantung kepada keahlian sebaliknya kepercayaan dan keyakinan kepada parti itu. Dan lihat berapa kerusi…

Read More

Semoga ETS3 ‘tidak ganggu’ pengguna komuter

TAHNIAH kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang ‘meraikan’ perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) laluan KL Sentral–Johor Bahru, seterusnya menjadi penghubung pengangkutan rel utara selatan, Padang Besar – JB Sentral. Bagi pengguna yang mahukan perjalanan lebih pantas antara Johor Bahru – KL dan sebaliknya tentu menyambut baik kerana ETS3 dijangka mengurangkan masa perjalanan kepada sekitar 4.5 jam, berbanding jalan raya, lima hingga tujuh jam. Perkhidmatan ini juga diharap dapat menjana pendapatan KTMB walaupun sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tanggungjawab sosial perlu digalas berbanding mengaut keuntungan melalui perkhidmatan komuter dan ETS.…

Read More