KUALA LUMPUR 18 Mei – Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini, menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Johari Abdul, memaklumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa. Dalam kenyataan bersama, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dan Nik Nazmi bekas Naib Presiden PKR berkata pengosongan kerusi Parlimen itu dibuat berikutan hasrat mereka berdua untuk meneroka hala tuju politik baharu. Mereka juga menegaskan akan kembali bertanding di Parlimen sama pada Pilihan Raya Umum (PRU)…
Read MoreCategory: SEMASA
Berita pilihan…
Laut Oman ‘kubur’ tentera AS
TEHRAN – Laut Oman akan bertukar menjadi ‘kubur’ tentera Washington jika Amerika Syarikat (AS) tidak menamatkan sekatan maritim terhadap pelabuhan di Iran, demikian amaran keras oleh seorang pegawai kanan keselamatan Iran. Amaran itu disuarakan oleh ahli Majlis Penasihat Kepentingan Iran yang juga bekas Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohsen Rezaei, ketika ketegangan di Asia Barat dilaporkan semakin meruncing. “Kami menasihatkan tentera AS untuk menamatkan pengepungan ini sebelum Laut Oman menjadi kubur anda,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen kerajaan Iran. Rezaei menyifatkan sekatan laut oleh pentadbiran…
Read MorePN terbuka teroka kerjasama pilihan raya
KUALA LUMPUR 17 Mac – Perikatan Nasional (PN) terbuka untuk meneroka kerjasama pilihan raya atau dengan mana-mana parti bagi mendepani pilihan raya umum akan datang, sebagai sebuah gabungan politik realistik dan inklusif. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata selain parti politik, kesediaan sama juga dibuka kepada pihak yang berkongsi prinsip dan wawasan sama, selain berminat menjadi rakan strategik PN tanpa menjadi parti komponennya. Perkara itu diputuskan hasil Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, semalam. Sehubungan itu, beliau berkata PN akan menubuhkan sebuah…
Read MoreBersedia hadapi kemungkinan selepas keluar PKR
PETALING JAYA 17 Mei – Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan untuk mengambil alih Parti Bersama Malaysia bersedia menghadapi “apa jua kemungkinan”, sambil menegaskan jika pilihan raya kecil (PRK) diadakan, mereka akan mempertahankan kerusi masing-masing. Bagaimanapun, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata, Perlembagaan Persekutuan menyatakan PRK lazimnya tidak perlu diadakan jika kekosongan kerusi berlaku selepas lebih tiga tahun pilihan raya umum. Pada masa sama, terdapat juga peruntukan yang membolehkan Speaker memanggil PRK jika kekosongan itu menjejaskan majoriti dalam kerajaan. Namun dalam situasi sekarang, Rafizi berkata…
Read MoreKeanggotaan Rafizi, Nik Nazmi tergugur
KUALA LUMPUR 17 Mei – PKR mengesahkan keanggotaan dua Ahli Parlimennya, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad tergugur selepas mereka mengisytiharkan keluar parti dan mengambil alih Parti Bersama Malaysia (BERSAMA). Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, berkata keputusan dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) dalam Perlembagaan parti selepas menerima hasrat keluar parti daripada bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden itu. “PKR sudah menerima rakaman ucapan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang umum mengosongkan kerusi Parlimen dan keluar daripada parti, hari…
Read MorePH sedia tanding semua kerusi, adakan PRU awal
JOHOR BAHRU 17 Mei – Pakatan Harapan (PH) bersedia meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dan Negeri Sembilan sekiranya UMNO serta Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk bertanding di semua kerusi semasa pilihan raya negeri akan datang. Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH turut membayangkan pihaknya akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi BN termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Pahang. Presiden PKR itu yang tidak terkejut dengan perkembangan tersebut turut membayangkan kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sekiranya kemelut hubungan antara…
Read MoreRafizi, Nik Nazmi ambil parti Bersama
PETALING JAYA 17 Mei – Dua orang bekas pemimpin PKR akhirnya menjawab persoalan hala tuju politik mereka sejak beberapa minggu lalu, apabila mengesahkan akan mengambil alih Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party (MUP). Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad akan menerajui parti itu yang ditubuhkan pada 2 Disember 2016 di Pulau Pinang. Pengasas dan Presiden Parti Bersama Malaysia, Tan Gin Theam, secara simbolik menyerahkan sijil pendaftaran parti itu kepada Rafizi dan Nik Nazmi di PJ Performing Arts Centre di hadapan…
Read MorePH akan ‘kuburkan’ BN kali kedua di Johor
JOHOR BAHRU 17 Mei – Pakatan Harapan (PH) Johor menyambut hasrat Barisan Nasional (BN) untuk bertanding secara solo dengan tekad ‘menguburkan’ BN buat kali kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan datang. Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, BN pernah tewas di Johor apabila PH berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mencipta kemenangan besar pada PRN 2018. Justeru Pengerusi Amanah Johor itu berkata, PH tidak akan sesekali menyerah kalah walaupun BN Johor telah mengumumkan hasrat untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang.…
Read MoreBN wajar bertanding solo pada PRN Johor
SEPANG 17 Mei – Pendirian Barisan Nasional (BN) Johor bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara solo pada pilihan raya akan datang adalah bagi memastikan kestabilan politik dan meneruskan kesinambungan pembangunan negeri. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, langkah itu bukanlah didorong sikap sombong, pentingkan diri atau tamak. “Tujuannya jelas. BN menawarkan kesinambungan kestabilan dan mahu agenda “Maju Johor 2030” yang berbaki empat tahun lagi disempurnakan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya. Speaker DUN Johor yang juga ADUN Rengit itu berkata negeri itu turut…
Read More