13 lokaliti di Kuantan kena PKPD

KUALA LUMPUR 16 Julai – Sebanyak 13 lokaliti di Kuantan, Pahang akan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula Ahad ini hingga 31 Julai depan.

Ia membabitkan Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kampadang, Sungai Soi, Kampung Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Tas dan Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum dan Taman Impianku.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata di Selangor pula, beberapa lokaliti akan dikenakan PKPD bagi tempoh sama iaitu Damai Apartment dan PJS 8, Mukim Damansara, daerah Petaling.

Selain itu, Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, daerah Hulu Langat; Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, daerah Klang dan Taman Samudera, Mukim Batu, daerah Gombak.

“Di Sabah, Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu serta Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan.

“Di Sarawak, tiga lokaliti di Kuching membabitkan Kampung Seratau, Kampung Astana Lot dan Kampung Sungai Bedil Besar,” katanya.

Satu lagi lokaliti di Pahang iaitu Taman Chengal, Temerloh juga akan berada dalam PKPD.

Related posts

Leave a Comment