Pilih kestabilan, tiada lagi tawar menawar

RAKYAT sokong Barisan Nasional (BN) ! Itu jawapan kepada persoalan rakyat sokong siapa apabila Melaka ‘menekan butang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk memilih kerajaan baharu, yang ketiga dalam tempoh tidak sampai empat tahun. Dengan penggal Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dijangka berakhir pada bulan Mei 2023 malahan lebih awal – mungkin akhir tahun 2022 – PRN Melaka terpaksa diadakan walaupun ia sepatutnya boleh dielakkan. Jika empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik balik sokongan mampu bertahan sehingga pembubaran akan datang, PRN tidak akan berlaku. Lompat melompat, menarik sokongan atau…

Read More

Pengerusi DAP Melaka letak jawatan

MELAKA 21 Nov. – Atas dasar bertanggungjawab terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew mengumumkan peletakan jawatannya selepas parti itu hanya menang empat daripada lapan kerusi yang ditandingi. Beliau yang meminta maaf kepada ahli DAP, berkata surat peletakan jawatan akan diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng esok. “Ini adalah keputusan peribadi saya dan saya mahu memohon maaf kepada ahli DAP, rakan seperjuangan DAP dan penyokong kerana tidak mencapai sasaran yang diharapkan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.  DAP bukan sahaja gagal membantu PH membentuk…

Read More

Adakan PRU dalam masa terdekat

SEREMBAN 21 Nov . – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar diadakan dalam masa terdekat agar mandat baharu dapat diberikan semula kepada rakyat, kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berpendapat jika PRU15 itu diadakan dalam tempoh masa berkenaan ia memberi peluang terbaik kepada BN berdasarkan kepada sentimen rakyat ketika ini. Katanya perkara itu turut disuarakan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam selepas BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. “Suka atau tidak kita tunggu sehingga Julai nanti sebab perjanjian (memorandum persefahaman kerajaan dan pembangkang) hingga…

Read More

Jentera kempen lemah punca tewas

SANDAKAN 21 Nov. – Kelemahan jentera kempen dan peratusan keluar mengundi yang rendah antara faktor Pakatan Harapan (PH) gagal menawan Melaka  dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam. Justeru Setiausaha Agung DAP,  berharap kelemahan berkenaan diteliti secara mendalam dan segera diperbaiki. “Dari segi jentera kita lemah dan itu adalah sesuatu yang harus kita perbaiki. Faktor yang penting ialah peratusan keluar undi kali ini telah turun sebanyak 20 peratus daripada 85 kepada 65 peratus. “Inipun telah mempengaruhi keputusan kerana sekiranya peratusan undi dapat ditingkatkan saya rasa tak perlu capai 20 peratus kalau…

Read More

Dua pemimpin UMNO dikompaun

PUTRAJAYA 21 Nov. – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Ab Rauf Yusoh dikompaun RM10,000 setiap seorang berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Hasil siasatan mendapati, kedua-dua individu itu melanggar arahan SOP Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 iaitu menjalankan aktiviti kempen ziarah rumah ke rumah serta tidak memakai pelitup muka di Masjid Tanah. Kompaun di bawah Peraturan 16 P.U(A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan…

Read More

PN bakal pencabar utama BN

MELAKA 21 Nov. – Kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini tidak menjejaskan gabungan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan terus menjadi wadah politik kepada rakyat Malaysia. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, PN juga bakal menjadi pencabar utama Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang. “Kita sudah berhijrah dan yakin prinsip asas Bersatu dan PN tidak lain menawarkan suatu bentuk parti mendokong kerajaan yang lebih baik dan prinsip ketelusan. Apakah saya akan tinggalkan parti saya dan kembali kepada parti asal saya (UMNO)? Itu sesekali tidak akan berlaku. “Rakyat ada…

Read More

Angkat sumpah jawatan awal pagi

MELAKA 21 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Istana Negeri di sini, pukul 1 pagi ini. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama. Turut hadir isteri Mohd Ali, Toh Puan Asmah Abd Rahman, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, Presiden…

Read More

Empat pengerusi parti tewas

MELAKA 21 Nov. – Empat pengerusi parti negeri – Bersatu, DAP, Gerakan dan Pas yang turut bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam tewas. Mereka ialah Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Mohd Rafiq Naizamohideen; Pengerusi DAP negeri, Tey Kok Kiew; Pengerusi Gerakan negeri, Michael Gan Peng Nam dan Pesuruhjaya Pas negeri, Kamarudin Sidek. Mohd Rafiq yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka meraih 3,979 undi di DUN Telok Mas, tewas dengan majoriti 2,076 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Abdul Razak Abdul Rahman yang memperoleh 6,052 undi. Di kerusi…

Read More

PKR gagal menang sebarang kerusi

MELAKA 21 Nov. –  Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyasarkan untuk menguasai tujuh daripada 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka gagal memenangi sebarang kerusi. Malahan tiga kerusi yang dimenangi sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 juga gagal dipertahankan. Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka Halim Bachik berkata daripada tujuh kerusi itu, tiga yang akan dipertahankan iaitu DUN Rembia, Kelebang dan Machap Jaya yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14. “Kita tambah lagi empat kerusi iaitu Paya Rumput, Asahan,…

Read More

Gagasan Bebas juga ada SD

MELAKA 15 Nov. – Seperti calon parti politik lain, 13 daripada 22 calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah Gagasan Bebas juga  menandatangani Akuan Bersumpah (SD). Setiausaha Sekretariat Gagasan Bebas Mohammad Zaki Omar berkata antara inti pati utama SD tersebut adalah tidak mencabuli mandat yang diberikan pengundi  dengan menyertai mana-mana parti politik. Beliau berkata, satu rang undang-undang atau enakmen juga akan dibentangkan sekiranya Gagasan Bebas berjaya membentuk kerajaan yang bertujuan mengadakan peruntukan pengosongan kerusi mana-mana ADUN yang keluar parti atau gagasan masing-masing sehingga tahap menjatuhkan…

Read More