Mi rebus mi goreng Bob Kota Damansara

JEMU makan nasi? Jom cuba mi rebus atau mi goreng di Warung Bob & Family di Jalan Cecawi, Kota Damansara. Mi ala Penang atau Kedah ini sudah tentu ada cucur atau kuih, tauhu, taugeh, dan telur rebus. Bagi yang merindui mi manak utara bolehlah mencuba di sini. Sepinggan RM6, dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Boleh tambah paru, daging atau sotong. Nak tahu sedap atau tidak bolehlah cuba sendiri. Tekak kita tidak sama tetapi bagi saya dari Penang, puas hati dengan mi rebus dan mi goreng Bob. Selamat mencuba.

Read More

Nasi daging Pongsu Seribu di Kajang

SEBUT nasi daging, ada beberapa lokasi atau gerai yang boleh dikunjungi mereka yang menggemari nasi ini di Pulau Pinang khususnya di Seberang Perai. Antaranya di Simpang Empat Permatang Buluh, Pongsu Seribu, Nyior Sebatang dan Kampung Pelet. Itu senarai kedai atau restoran yang pernah saya kunjungi (Rujuk Selera) Kini, salah sebuah restoran itu membuka cawangan di Kajang iaitu Nasi Daging Pongsu Seribu. Restoran ini terletak di No. 1-G Jalan Damai Mewah 1 A, Taman Damai Mewah, Kajang. Dibuka mulai 18 Februari 2021. Kekuatan nasi daging ini terletak pada air asamnya –…

Read More

Nasi Arab Malaya Grill

PERNAH cuba nasi Arab citarasa Melayu? Semalam, singgah di Malaya Grill, Medan Selera Bandar Baru Sungai Buloh. Lokasinya depan Public Bank. Dibuka 12 tengah hari hingga 11 malam. Biasa singgah di situ tetapi selalu pesan menu western. Kali ini pesan nasi Arab kambing talam untuk dua orang dan sell out kambing. Nak tahu sedap atau tak sedap rasa sendiri. Boleh pesan nasi Arab yang dihidang bersama lamb shoulder, lamb shank atau ayam bakar. Khabarnya kambing yang digunakan pun dari Lamb New Zealand, lagi berkualiti, premium dan tekstur daging yang cantik…

Read More

Mee Tsunami, Ombak Rindu

BAGI penggemar mi, bolehlah cuba singgah di Zack Corner Bercham Raya, Ipoh, Perak. Boleh dilihat warung MEE UDANG TSUNAMI. Selain menyediakan mi udang, ada juga laksa buyung Kuala Kurau, pisang goreng, ais kacang gunung berapi dan lempeng pisang. Selain Mee Udang Tsunami yang mengandungi sembilan ekor udang berharga RM13, ada juga Mee Udang Ombak Rindu (RM9) dan Mee Udang Pecah Peluh (RM6). Rasanya sama sahaja tetapi yang membezakan namanya adalah jumlah udang yang terdapat dalam mangkuk mi berkenaan. Contohnya Mee Udang Tsunami mengandungi sembilan ekor udang. Sebagai panduan, lokasinya di…

Read More

Redup Rimba

LAKSA Redup Rimba. Lokasi Redup Rimba Corner ini terletak di kiosk Tasik Cempaka, kawasan rekreasi di Persiaran Pusat Bandar, Bandar Baru Bangi. Lebih mudah panduannya, adalah bersebelahan Perpustakaan Awam Bangi atau berhadapan Pusat Pentadbiran dan Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat. Di sini  popular dengan laksa dan cendol sama ada cendol biasa, cendol pulut atau cendol tapai. Minuman lain juga dijual. Ketika ini ada juga nasi ayam dan bihun sup serta kuih muih Melayu. Waktu  perniagaan antara 11 pagi hingga 7 petang (bergantung keadaan) setiap Sabtu hingga Khamis. Cuti pada hari…

Read More

Cendol BMI 1985

DI Negeri Sembilan ada beberapa lokasi yang terkenal dengan cendol. Salah satunya di Pekan Nilai. Warga Nilai mesti tahu Cendol BMI 1985 ini. Dulu gerai cendol ini terletak di hadapan sekolah  di pekan lama Nilai,  berhampiran  stesen bas Nilai. Sebelum Disember 2019 , gerai ini  berpindah ke kawasan sebelah masjid Pekan Nilai. Mudah  untuk mencarinya kerana bersebelahan dengan masjid, tidak jauh dari lokasi sebelum ini. Di situ juga letaknya kedai Cendol BMI yang menjual cendol mentah bagi keperluan peniaga-peniaga runcit terutama yang berniaga di pasar malam atau untuk  jamuan. Selain cendol,…

Read More

Shell Out Qissa Hafiz

BAGI yang ingin beralih selera kepada makanan laut bolehlah singgah di Shell Out Daun Pisang Qissya Hafiz, Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan. Di situ ada ketam, udang, siput dan sotong. Ikan juga disediakan. Biasanya bahan mentah ini diambil dari nelayan tempatan. Itu pun bergantung kepada bekalan. Masakan tom yam pun ada. Ikan tiga rasa. Lokasi kedai di Bukit Tambun,Seberang Perai Selatan. Mudah sahaja untuk ke sana. Selepas melintasi Balai Polis Bukit Tambun di sebelah kiri, tidak jauh dari situ ada satu laluan ke kawasan perumahan di sebelah kanan. Hanya beberapa…

Read More

Nasi Daging Nyior Sebatang

JIKA di Terengganu, popular dengan nasi dagang, di utara pula ada nasi daging. Di Seberang Perai, ada beberapa restoran @ kedai yang menjual nasi daging. Salah satunya, di Aneka Selera Tani, bersebelahan Masjid Al Ridwan Nyior Sebatang. Dinamakan Nasi Daging Dolu Dolu, ini berharga RM5 satu set. Pakej meliputi nasi, daging, air asam dan sup daging. Waktu dulu di kampung jika ada jamuan kenduri,  nasi daging antara yang popular. Biasanya di atas nasi daging itu ditabur bawang goreng, kacang tumbuk dan kadang-kadang ada kismis. Air asam pula biasanya menggunakan terung…

Read More

MI BANDUNG MUAR

ADA beberapa lokasi yang dicadangkan oleh seorang rakan untuk menikmati mi bandung Muar. Malangnya senarai utama yang dicadangkan tidak beroperasi ketika berkunjung ke sana pada 5 November 2019. Mungkin bercuti, atau memang hari Selasa tutup. Ketika itu juga Johor meraikan kemenangan JDT menjuarai Piala Malaysia. Tidak mungkin sambung cuti rai kemenangan JDT. Apa pun cari punya cari jumpa juga mi bandung Muar. Boleh cuba rasa di Restoran Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori di Tanjung Agas.

Read More