51.9 peratus kes kategori 1

PUTRAJAYA 16 Julai – Angka harian kes Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan dengan 12,541 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini berbanding

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 893,323 kes dengan kes aktif 114,053.

Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 12,525 adalah kes tempatan melibatkan 9,951 warganegara (79.4%) dan 2,574 bukan warganegara (20.6%) sementara 16 kes import melibatkan 12 warganegara dan empat bukan warganegara.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada sejumlah kes harian itu , sebanyak 6,504 kes (51.9 peratus) adalah daripada  kategori 1 (tidak bergejala), 5,848 kes (46.6 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), 86 kes (0.7 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 49 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), dan 54 kes (0.4 peratus) kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan/ventilator).

Kes sembuh pula meningkat kepada 772,542 termasuk 6,742 kes yang dilaporkan sembuh hari ini.

Sebanyak 896 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 459 kes  memerlukan bantuan pernafasan.

Di samping itu sebanyak 115 kematian – 104 warganegara dan 11 bukan warganegara dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 6,728 kes .

Selangor merekodkan 53 kematian diikuti 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,masing-masing tujuh di Johor dan Melaka, lima di Pulau Pinang, masing-masing empat  di Negeri Sembilan dan Kedah,masing-masing tiga di Sabah dan Perak, masing-masing dua di Kelantan dan Terengganu, serta satu di  Labuan.

Related posts

Leave a Comment