PH akui kelemahan semasa PRN Johor

KUALA LUMPUR 16 Mac – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengakui ada beberapa kelemahan yang menyebabkan PH hanya memenangi 12 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu. Justeru beberapa tindakan akan diambil bagi bagi mengatasi kelemahan dan menggilap semula idealisme perjuangan PH dan penyokongnya ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, majlis itu yang menerima keputusan rakyat Johor berkata, kelemahan yang dikesan tidak boleh diatasi oleh satu parti atau satu ikhtiar sahaja, sebaliknya perlu diurus bersama secara menyeluruh.…

Read More

Onn Hafiz sah MB Johor ke-19

JOHOR BAHRU 15 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Onn Hafiz Ghazi sah dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19. Beliau menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor di Balai Menghadap Istana Bukit Serene, di sini. Cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO,  Onn Jaafar, itu kemudiannya mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, kira-kira pukul 3 petang. Istiadat berkenaan turut dihadiri Pengerusi UMNO Johor, Hasni Mohammad, Menteri Besar ke-18 yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri…

Read More

Shahrir malu kempen Hasni, lain dapat

PUTRAJAYA 15 Mac – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Shahrir Samad meluahkan rasa kecewanya dengan konflik pelantikan Menteri Besar Johor, terutama apabila Pengerusi UMNO Johor, Hasni Mohammad, tidak menjawat jawatan itu. “Mula-mula cerita itu sampai ke saya secara bisik-membisik. Saya hanya terdiam. “Tadi, adanya kenyataan media oleh YB Dato Hj Ir Hasni. Bahasanya teratur dan sungguh halus. Tapi ia mengesahkan secara tersirat akan ada pengganti kepada dirinya bagi jawatan Menteri Besar Johor. “Malu saya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. Berikutan itu, Shahrir berkata, beliau tidak akan hadir ke Perhimpunan…

Read More

Pas berhati lapang terima keputusan

JOHOR BAHRU 13 Mac – Pas menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati yang lapang walaupun Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi tiga kerusi DUN, semuanya melalui Bersatu. Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersama komponen PN akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan yang ketara di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi pada PRN itu. “Di kesempatan ini, Pas mengucapkan terima kasih kepada para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan, serta jentera parti yang bertugas dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar…

Read More

‘Makan angin’ jika terus berpecah

KUALA LUMPUR 13 Mac – “Saya ingin memberi ingatan kepada semua pihak, jika kita terus berpecah dalam menghadapi BN, hasilnya kita akan ‘memakan angin’ beramai-ramai selepas PRU-15 nanti,” itu ingatan Mohamad Sabu. Presiden Amanah itu membuat ingatan itu sebagai mengulas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang memberi  kemenangan majoriti dua pertiga kepada Barisan Nasional (BN) sementara pembangkang pula menang 16 kerusi. Dalam kenyataannya, beliau berkata perpecahan dalam kalangan parti pembangkang menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor semalam. Katanya, kekalahan pembangkang seharusnya dijadikan pengajaran untuk kembali bersatu…

Read More

Bersatu terus sokong Muhyiddin

JOHOR BAHRU 13 Mac – Bersatu akan terus menyokong kepemimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu, kata Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu. Dalam kenyataan pada Ahad, Ahmad Faizal berkata, perjuangan Presiden Bersatu itu mesti diteruskan. “Saya dan seluruh ahli parti di semua peringkat tetap menyokong dan mendukung kepimpinan beliau,” katanya dalam kenyataan di sini. Menurut Ahmad Faizal, satu kajian menyeluruh akan dilakukan untuk mengenal pasti faktor prestasi Bersatu yang hanya memenangi dua daripada 33 kerusi yang ditandingi, selain faktor peratusan rendah pengundi keluar mengundi. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada…

Read More

Johor bangkit pilih kestabilan

BANGSA Johor akhirnya bangkit. Bukan bangkit menyahut seruan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) tetapi bangkit membenamkan PH terutama komponennya PKR dan Amanah. Begitu juga dengan Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Bersatu, Pas dan Gerakan yang dikatakan ketika kempen memberi saingan sengit kepada BN tetapi hanya mampu menang tiga kerusi, dua Bersatu dan satu Pas. Lebih malang bagi PKR yang bertanding atas logo sendiri seolah-olah ‘keluar dari PH’ dan hanya menang satu kerusi berbanding sekutunya DAP (10) dan Amanah (1) yang menggunakan simbol PH. Maknanya PH ada 12 kerusi.…

Read More

BN dapat mandat besar di Johor

JOHOR BAHRU 12 Mac – Barisan Nasional (BN) berjaya meraih mandat besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini apabila berjaya memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 yang dipertandingkan, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 10.56 malam ini. BN berjaya meraih dua pertiga majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang amat kukuh. DUN Johor yang dibubarkan pada 22 Jan lepas manakala penamaan calon pula pada 26 Feb. Selain BN, kedudukan tidak rasmi turut menunjukkan Pakatan Harapan memenangi 10 kerusi (9 DAP, 1 Amanah), Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi manakala PKR dan Parti…

Read More

PN belum namakan calon MB Johor

PAGOH 11 Mac – Perikatan Nasional (PN) menafikan kononnya calon kerusi Dewan  Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi sudah dinamakan sebagai bakal menteri besar sekiranya parti itu diberi mandat rakyat, 12 Mac ini. Pengerusinya, Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, gabungan itu belum membuat sebarang pengumuman nama calon yang bakal diangkat dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai taktik busuk oleh pihak tertentu. “Ini taktik orang jahat dengan niat untuk fitnah dan saya (pernah) difitnah bahawa saya nak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi calon Perdana Menteri. Apa cerita itu ?, dan…

Read More

Pengundi Johor pilih apa, siapa?

SIAPA pilihan 2,539,606 pengundi Johor esok, 12 Mac 2022? Parti apa pula yang akan menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kali ini? Adakah kerajaan negeri yang bakal terbentuk mempunyai mandat majoriti dua pertiga? Semuanya akan terjawab malam esok selepas proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 berakhir pukul 6 petang esok. PRN kedua selepas Melaka sebelum penggal DUN berakhir pada masa yang ditetapkan secara tidak langsung memberi gambaran sejauh mana persediaan parti-parti politik dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kempen PRN Johor nampak lebih terbuka berbanding PRN…

Read More