Pertahan modul Hadis 40 Imam Nawawi

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan di sekolah di negara ini, amat bertepatan dengan keperluan semasa dan tidak perlu dipolemikkan. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz. berkata pihaknya menghormati pengumuman oleh Kementerian Pendidikan (KPM) itu untuk melaksanakan modul dalam lingkungan pelajar beragama Islam sahaja. “Malah, pelaksanaan modul ini bertepatan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara untuk memupuk amalan kesederhanaan yang dianjurkan sebagai nilai hidup dalam kalangan generasi muda muslim khususnya,” katanya dalam kenyataan di sini.…

Read More