Kes di Arab Saudi naik

RIYADH 16 Julai – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi naik semula apabila 1,298 kes baharu dilaporkan berbanding 1,165 yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak  13 lagi pesakit meninggal dunia.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan meningkat kepada 507,423 orang serta  8,048 kematian.

Kementerian juga menyebut sebanyak 1,428 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu Riyadh merekodkan 274 kes diikuti Makkah dan Timur dengan 24 dan Asir 143 kes.

Kementerian juga memaklumkan kes aktif sebanyak 11,029 dan 1;400 daripada mereka kritikal..

Related posts

Leave a Comment