54,517 kes, 1,205 kematian

JAKARTA 16 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus melepasi angka 50,000 apabila merekodkan 54,517 kes, dengan kematian pula mencecah 1,205 orang, jumlah meninggal dunia yang tertinggi setakat ini.

Ini adalah hari ketiga berturut-turut, kes melepasi angka 50,000 bermula 14 Julai sebanyak 54,517 kes diikuti semalam, tertinggi dengan 56,757.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,780,803 orang dengan jumlah kumulatif kematian pula 71,397.

Kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 28,079 orang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 2,204,491 orang.

Sementara itu, sehingga Jumaat, jumlah masyarakat yang sudah divaksinasi dos  kedua adalah sebanyak 15.940.729 orang  manakala penerima dos pertama sebanyak 40,228,811 orang.

 

Related posts

Leave a Comment