Masjid Jamek Sungkai

MASJID Jamek Sungkai terletak tidak jauh dari Plaza Tol Sungkai. Lokasi yang sesuai untuk ‘lari’ dari kesesakan pada waktu tertentu semasa di lebuh raya antara Sungkai dan Slim River. Bagi yang singgah makan di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, boleh saja singgah solat di sini.  Masjid ini dirasmikan pembukaannya oleh Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, pada 7 Ogos 2012 bersamaan 18 Ramadan 1433. (Petikan FB 10.10.2019)

Read More

MASJID QARNUL MANAZIL

BAGI jemaah yang berkunjung ke Taif, dan dalam perjalanan pulang ke Makkah bolehlah singgah di Qarnul Manazil atau sekarang lebih dikenali Masjid al-Sayl al-Kabeer, untuk niat mengerjakan umrah. Masjid ini terletak 94 kilometer (km) sebelah timur Makkah, atau sekitar 220 km dari Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Di sini letaknya miqat bagi bagi para jemaah haji dan umrah yang datang dari arah timur kota Makkah. Mereka termasuk dari Riyadh, Najd, Taif, Pakistan. Begitu juga bagi jemaah Malaysia dan negara lain yang melawat Taif dan kemudiannya mahu menunaikan umrah perlu niat…

Read More

Masjid Jamek Baru Gopeng

MASJID Jamek Baru Gopeng terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh. Kedudukannya di jalan utama Gopeng-Kampar berdekatan dengan Balai Bomba Gopeng. Masjid ini dibina bagi menggantikan masjid lama yang tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin ramai terutama ketika solat Jumaat. Disebabkan kos baik pulih dan naik taraf masjid lama yang dibina daripada kerangka kayu itu memerlukan kos agak tinggi, maka masjid baharu dibina. Masjid yang dibina menggunakan simen dan konkrit untuk lantai serta dipasang marmar ini mempunyai dua kubah dan sebuah menara. Menara masjid ini seakan-akan Menara Condong Teluk…

Read More

Masjid Nabi Ibrahim

PADA 11 Disember 2019,  saya serta rakan-rakan musafir muslim Travenexx berpeluang melawat Masjid Nabi Ibrahim yang terletak di Hebron. Banyak sejarah tersimpan di sini, bukan hanya makam Nabi Ibrahim, dan isteri,  Sarah serta makam Nabi Ishaq dan isteri Ribka dan makam Nabi Ya’qub dan isteri. Seperti Al-Aqsa, masjid ini juga dikawal oleh anggota pasukan keselamatan Israel. Pintu berpalang besi digunakan. Lokasi ini asalnya gua. Di atasnya ada sebuah bangunan persegi panjang besar yang berasal dari zaman Herodian. Menurut catatan sejarah, ia pernah menjadi gereja selepas ditakluk tentera Salib pada 1100.…

Read More

Masjid Haji Isa

MELINTASI Jalan Besar Lumut – Teluk Intan, di kawasan Batu 8, Lekir, kelihatan sebuah masjid empat menara berdiri gagah. Masih baharu. Di laluan masuknya kelihatan juga masjid lama. Dinamakan Masjid Haji Isa, mengambil sempena penginfak utama iaitu Haji Mohd Isa Ahmad, yang menetap di Batu 7 Lekir. Masjid yang bernilai RM 7.25 juta ini terletak 8 kilometer dari Bandar Sitiawan. Mulai dibina pada tahun 2015 dan digunakan pada 5 Mei 2017. Masjid ini berkonsepkan lima Rukun Islam. Kubah utama mewakili rukun pertama. Reka bentuk binaan bercirikan rekaan moden dan berkonsepkan Arab.…

Read More

Masjid Jeli

MASJID Sultan Muhammad I sebelum ini dikenali sebagai Masjid Jeli. Pertukaran nama dibuat pada tahun 2014. Masjid dengan kubah bersalut warna kuning emas ini terletak di persimpangsn lampu isyarat dan bertentangan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Mempunyai dewan solat yang luas, masjid ini mengalami perubahan dari semasa ke semasa sejak pembinaan pada tahun 1982. Ruang dalamnya pula dihiasi tulisan khat ayat-ayat suci al-Quran.

Read More

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

MASJID Seksyen 7, Shah Alam mula beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai 2014. Pembinaan masjid ini direalisasikan pada 15 Ogos 2011 dengan berkonsepkan dua ciri utama iaitu Timur Tengah dan tradisional Melayu. Dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 20 Jun 2016. Kos pembinaan masjid bernilai RM7.3 juta itu adalah hasil sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) . Masjid yang mampu menampung 3,000 jemaah pada satu-satu masa itu dibina di atas keluasan tapak kira-kira tiga ekar. Masjid ini juga  dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pejabat pengurusan, bilik mesyuarat, bilik kuliah,…

Read More

Masjid Jamek Ar Rahman

21.11.2019 : JOM KE MASJID  BARU-BARU ini singgah solat Zuhur di Masjid Jamek Ar Rahman, Merlimau, Melaka. Masjid yang kelihatan masih baharu ini terletak di Jalan Melaka-Muar, Kampung Pulai. Seperti ciri-ciri binaan masjid lain di Melaka, masjid ini juga mempunyai ciri yang sama pada bahagian bumbung. Masjid yang luas ini mampu menampung kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Untuk kemudahan jemaah, tempat letak kereta juga luas. Masjid ini dibina di kawasan seluas 1.01 hektar (2.5 ekar). Pembinaannya bermula pada penghujung tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada Februari 2018. Kos pembinaannya…

Read More