Lahore bandar paling tercemar

NEW DELHI – Kualiti udara di beberapa kawasan di utara India dan Pakistan yang bersempadan, merosot dengan ketara selepas jerebu pramusim sejuk mula melanda kawasan itu, menjadikan Lahore bandar paling tercemar di dunia. Sementara pihak berkuasa Delhi mengenakan sekatan bagi menangani jerebu toksik yang menyelubungi ibu negara itu. Pencemaran udara menjadi masalah serius di rantau itu setiap tahun terutama pada waktu ini apabila udara dingin lagi padat memerangkap pelepasan dari kenderaan, tapak pembinaan serta pembakaran sisa tanaman. Keadaan itu menyebabkan tahap pencemaran meningkat ke paras tertinggi di dunia dan mendedahkan…

Read More

Kes genosid etnik Rohingya 19 Nov.

THE HAGUE – Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengeluarkan keputusan penting pada 19 November ini berhubung dakwaan tindakan keras Myanmar terhadap etnik minoriti Rohingya, kebanyakannya beragama Islam, juga satu bentuk pembunuhan beramai-ramai. Selama tujuh tahun Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) meneliti tuduhan Gambia bahawa tindakan penindasan kejam Myanmar terhadap etnik Rohingya melanggar Konvensyen PBB Mengenai Pembunuhan Beramai-ramai 1948. Myanmar sejak sekian lama menafikan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya. Sebaliknya junta tentera mendakwa tindakannya menyasarkan kebangkitan bersenjata kumpulan pemberontak susulan beberapa serangan yang mengorbankan kira-kira 12 anggota keselamatan.…

Read More

Tabung Solidariti Najib belum cukup

ALOR GAJAH  3 Nov. – Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan bagi mengumpul sumbangan awam bagi membantu bekas Perdana Menteri itu masih belum mencukupi, kata Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki Bagaimanapun sumbangan terus diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ada menyumbang serendah RM1, RM5 dan RM10 dengan kutipan harian mencecah sehingga RM10,000. Beliau berkata, perkembangan kutipan itu dipantau setiap jam oleh pegawai di ibu pejabat parti UMNO bagi mengetahui jumlah sumbangan yang diterima. Momentum dia baik, saya melihat setiap hari bantuan daripada orang ramai secara puratanya tidak kurang…

Read More

CDF bukan bahan tawar menawar politik

SEPANG 3 Nov.  – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa kerajaan menyalurkan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) secara saksama kepada semua kawasan pilihan raya, bukan menjadikannya bahan tawar menawar politik. Justeru IDEAS menggesa Kerajaan Madani menghentikan amalan mensyaratkan pemberian CDF dengan sokongan politik sebaliknya dana awam itu seharusnya di manfaatkan semua penduduk tanpa mengira fahaman politik wakil rakyat. Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Aira Azhari, dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Madani wajar memastikan pembangkang dan rakyat mendapat hak sama. Beliau menegaskan, peruntukan CDF tidak sepatutnya dikaitkan dengan sebarang komitmen politik…

Read More

Tindakan keatas Shuhaily ikut perundangan

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Tindakan yang diambil terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain adalah mengikut proses perundangan sewajarnya selepas siasatan kes membabitkan beliau dijalankan, kata  Anwar Ibrahim. Perdana Menteri yang mengakui Mohd Shuhaily seorang pegawai yang mempunyai prestasi yang baik, bagaimanapun menegaskan ia tidak terkecuali daripada mengikut peraturan. “Jika tanya saya dari segi peribadi, saya simpati dengan beliau tetapi proses itu, bila ada dakwaan, sama ada daripada orang ramai atau polis, itu soal siasatan. “Jangan minta saya atau Menteri Dalam Negeri (Saifuddin…

Read More

Amanah yakin menang semua 7 kerusi

KUALA LINGGI 3 Nov. – Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yakin parti itu mampu memenangi kesemua tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang  ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka, 14 November ini Beliau , berkata keyakinan itu selari sasaran Pakatan Harapan (PH) untuk membolot 18 daripada 24 kerusi DUN yang bakal ditandingi pada pilihan raya kali ini. “Amanah bertanding tujuh kerusi DUN… kita yakin akan memenangi semuanya, insya-Allah,” katanya pada sidang media selepas program kempen PH PRN Melaka di Telok Gong, di sini, malam tadi.…

Read More

Tiada ekstradisi pendakwah Zakir Naik

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kerajaan tidak mengekstradisi pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, ke India dan tidak memberi sebarang komitmen menyerahkan beliau kepada negara itu, kata Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hak Malaysia bawah Artikel 6 Triti Ekstradisi yang ditandatangani bersama Kerajaan India pada 2010 serta peruntukan Akta Ekstradisi 1992. Katanya, setakat ini kerajaan tidak menerima sebarang permohonan ekstradisi baharu daripada India berhubung Dr Zakir. Dalam jawapan bertulis, beliau berkata, permohonan rasmi ekstradisi daripada Kerajaan India sebelum ini diterima pada 19 Januari 2018,…

Read More