Category: SELAK
Pas guna lambang dacing?
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan Pas menggunakan lambang dacing yang mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka. Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibuat selepas perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh dimuktamadkan. Katanya ketika ini, BN masih belum memuktamadkan parti atau gabungan yang akan bekerjasama dengannya bagi menghadapi pilihan raya negeri itu. “Minggu ini kita akan ada perbincangan dengan beberapa pihak, dengan parti gabungan mana, dengan parti mana kita akan bertanding. “Kita menghormati keputusan yang akan…
Read MoreGelombang biru atau biru merah Melaka
MENJELANG Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka, timbul pelbagai persoalan bukan sahaja dalam kalangan anggota parti politik tetapi juga para pemerhati dan penganalisis yang berada di luar parti. Selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membirukan Johor disusuli bersama Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan, tumpuan kini terarah kepada Melaka Bandaraya Bersejarah yang khabarnya akan mengadakan PRU DN Oktober ini. Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh sebelum ini menegaskan untuk mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi BN pada pilihan raya sebelum ini dan kemudiannya menyatakan kesediaan untuk berunding dengan parti lain.…
Read MoreJohor tiang seri UMNO pemangkin kebangkitan
REKOD Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor pada Sabtu lalu menyaksikan UMNO hanya tewas satu daripada 37 kerusi yang ditandingi itu pun dengan majoriti yang diperoleh calon PH dari Amanah dianggap tipis. Adakah keputusan itu sebagai petanda bahawa Johor kembali sebagai ‘tiang seri’ UMNO seperti masa lalu ditambah pula keupayaan rakan dalam BN iaitu MCA dan MIC merekod kejayaan yang baik termasuk menawan kerusi DAP. Kejayaan itu juga amat bermakna selepas sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 pada 11 Mei 2026 yang lalu berlangsung di tempat ‘kelahiran’ parti itu…
Read MoreKalah bergaya selepas kempen agresif
IMPIAN Pakatan Harapan (PH) untuk menguburkan UMNO di Johor, tidak kesampaian walaupun salah seorang pemimpinnya sudah membaca ‘talkin’ menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN). Pada masa yang sama hasrat Perikatan Nasional (PN) sekadar bertanding untuk menjadi pembangkang ditolak bulat-bulat. Apa guna bertanding sekadar mahu jadi pembangkang? Sebaliknya UMNO diketuai ‘budak’ bernama Onn Hafiz Ghazi menambah tiga kerusi, hampir menguburkan Amanah dan PKR apabila menang 36 kerusi, tewas satu kerusi dengan majoriti kecil. Manakala rakan komponen Barisan Nasional (BN) – MCA dan MIC turut mencemaskan DAP, walaupun…
Read MoreKerajaan Persekutuan bukan milik PH
MALAM tadi, Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) – PKR, DAP, Amanah supaya tidak menjaja naratif meminta Bangsa Johor memilih kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan Pusat. Adakah kerajaan negeri Johor, diterajui Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Onn Hafiz Ghazi tidak selari dengan kerajaan Persekutuan (Pusat)? Sejak awal lagi, pemimpin PH ‘memutarkan’ naratif itu di pentas ceramah kempen mereka seolah-olah BN itu tidak wujud dalam kerajaan Persekutuan sedangkan Ahmad Zahid mengakui ibarat berada di tengah-tengah hidangan sandwich . Modal kempen mereka termasuk bertaraf menteri…
Read MoreKhidmat komuter umpama tiada “titik noktah”
DALAM menghadapi isu kos bahan api, Menteri Pengangkutan Anthony Loke tampil dengan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam – maksudnya bas, komuter, LRT, MRT, monorel, ERL dan sebagainya. Beliau juga menggalakkan syarikat e-hailing mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool” – penumpang berkongsi perjalanan secara lebih efisien dengan kadar tambang yang lebih berpatutan. Berkaitan dengan pengangkutan juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menggalakkan orang ramai supaya merancang perjalanan mereka dengan keluar rumah lebih awal. Mereka yang memilih untuk keluar rumah lebih awal bukan sahaja dapat perjalanan…
Read MoreBabi, kuil: Orang politik usah ‘berjanji’ lagi
MUKTAMADKAN! Itu titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj semalam berhubung projek ternakan babi dan pembinaan kuil di tapak tidak sah yang menimbulkan ‘pertelingkahan’ melibatkan orang ramai dan pimpinan politik. Maknanya dua isu ini perlu diselesaikan, jangan kedengaran lagi keluh kesah rakyat Selangor berhubung isu-isu yang berlarutan – pasang surut, tidak pernah selesai. Rakyat tentu lega dengan ketegasan Sultan Sharafuddin selaku Ketua Agama Islam di Selangor yang sentiasa mengambil berat sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama selaras dengan prinsip tolerasi yang menjadi teras keharmonian masyarakat. Kini terletak di bahu…
Read MoreDAP gulung penggulungan PAU 2025
IBARAT penggulungan dalam penggulungan. Rumah siap pahat berbunyi! Begitulah kisahnya apabila Setiausaha Agung DAP Anthony Loke terpaksa ‘menggulung penggulungan’ perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2026. Ketika perwakilan UMNO sudah meninggalkan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC), sejak semalam, mungkin kebanyakan sudah sampai di rumah masing-masing, masih ada agenda yang belum selesai. Siapa bercakap benar! Bukan sekadar Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘digulung’ malahan Timbalannya Mohamad Hasan (Tok Mat) turut digulung dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Ternyata Loke mengikuti perkembangan perbahasan di…
Read MoreAngka bukan lagi ukuran kejayaan, sokongan
JIKA pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024, Setiausaha Agung Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan jumlah keahlian parti itu mencecah 3,447,445 orang tetapi sempena PAU 2025, angka itu meningkat kepada 3.52 juta. Tentunya pengumuman itu sesuatu yang membanggakan anggota UMNO kerana mereka mempunyai jumlah ahli teramai berbanding lebih 1 juta keahlian yang dimiliki oleh Pas atau PKR Namun angka tidak menggambarkan sokongan sebenar yang akan diterima pada hari pengundian, iaitu semasa pilihan raya diadakan. DAP contohnya tidak bergantung kepada keahlian sebaliknya kepercayaan dan keyakinan kepada parti itu. Dan lihat berapa kerusi…
Read More