Indonesia catat 339 kes harian

JAKARTA 14 Nov. – Indonesia merekodkan 339 kes baharu Covid-19 hari ini dan 15 kematian yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,250,855 kes dan 143,659 orang meninggal dunia.

Kes sembuh pula merekodkan 503 orang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 4,098,178 orang.

Terdapat lima provinsi merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jakarta sebanyak 92 kes dengan kumulatifnya 862,789 kes diikuti Jawa Tengah 30 kes (485,829), Jawa Timur 28 (398,924), Kalimantan Barat 26 (41,299) serta Jawa Barat 25 (706,874).

Jakarta juga merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu 109  dan kumulatifnya 848,497, Jawa Timur 60 (368,990), Yogyakarta 49 (150,593), Jawa Tengah 39 (454,166),  dan Jawa Barat 36 (690,701).

Bagi kes kematian, Jawa Tengah menambah dua kes dan kumulatifnya 30.178 kes,  Jawa Barat dua kes ( 14,718), Jawa Timur dua kes (29,670) dan Kalimantan Tengah dua kes (1,402).

Terdapat 9.018 kes aktif dengan lima provinsi merekodkan angka tertinggi iaitu di Papua sebanyak 1,672 kes, Jawa Tengah 1,535,  Jawa Barat 1,455 , DKI Jakarta 704 dan Lampung sebanyak 638 kes.

Related posts

Leave a Comment