Keputusan rasmi BN 21, PN 3, PH 4
MELAKA 14 Nov. – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum DUN (PRU DUN) Melaka ke-16. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keputusan rasmi itu menyaksikan BN memperoleh 21 kerusi, diikuti PN dengan tiga kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi empat kerusi. Menurutnya, sebanyak 493,573 pengundi atau 71.77 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab pada PRN kali ini. Jumlah itu merangkumi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos. “Sehingga 11.15 malam,…
Read MorePM ucap tahniah kemenangan BN
SEPANG 14 Nov. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) yang memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16 hari ini. “Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Melaka, semoga amanah ini digalas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan rakyat,” katanya dalam hantaran di media sosial malam ini. Beliau berkata, kini masanya untuk semua pihak melangkah ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat. “Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka demi memacu pembangunan serta menjamin kesejahteraan seluruh…
Read MoreMesej keyakinan perpaduan ummah
SEPANG 14 Nov. – Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16 membawa mesej yang cukup bermakna, khususnya terhadap keyakinan rakyat kepada usaha penyatuan ummah. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu juga mencerminkan harapan pengundi untuk melihat pentadbiran yang adil, berkebajikan serta mampu memelihara keharmonian masyarakat majmuk di negeri berkenaan. Beliau menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran dan merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka atas mandat serta kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN). “Pas menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.…
Read MoreBN menang majoriti mudah setakat 9.40 malam
HANG TUAH JAYA 14 Nov. – Setakat pukul 9.40 malam, Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah selepas memenangi 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum DUN (PRU DUN) Melaka ke-16. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun, berkata keputusan itu membolehkan BN membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Beliau berkata, berdasarkan keputusan sehingga pukul 9.40 malam, BN memperoleh 15 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi dua kerusi dan Perikatan Nasional (PN) satu kerusi. “Parti Barisan Nasional (BN) memenangi sejumlah 15 kerusi dari 28 kerusi yang…
Read MoreMenang berturut bukan untuk bermegah
MELAKA 15 Nov. – Barisan Nasional (BN) tidak mahu menjadikan kemenangan hatrik sebanyak tiga kali berturut-turut gabungan itu bersama Perikatan Nasional (PN) di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sebagai alasan untuk mereka bermegah. Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan yang menyaksikan BN dan PN memenangi 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menunjukkan momentum gelombang biru yang bermula di Johor, Negeri Sembilan dan kini diperkukuhkan di Melaka. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pihaknya berharap gelombang terbabit mampu berkembang ke seluruh negara supaya rakyat boleh memilih kerajaan yang…
Read MorePH terima dengan hati terbuka
MELAKA 14 Nov. – Pakatan Harapan (PH) menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka serta menghormati mandat rakyat, meskipun hanya memenangi empat daripada 24 kerusi yang ditandingi. Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata keputusan itu akan dijadikan ruang untuk parti berkenaan menilai prestasi serta memperkukuh usaha dan gerak kerja, bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap gabungan itu pada masa hadapan. “PH sentiasa percaya bahawa keputusan pilihan raya mempunyai dinamika tertentu dan boleh diperbaiki lagi pada masa hadapan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan…
Read MoreBN menang 21 kerusi, PN tiga, PH 4
MELAKA 14 Nov. – Barisan Nasional (BN) mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri selepas kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DN) Melaka ke-16 malam ini. Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 9 malam, BN-PN mendahului 24 daripada 28 kerusi DUN di mana BN mendahului di 21 kerusi yang ditandinginya, PN di tiga daripada lima kerusi manakala PH menang empat kerusi. PN menerusi calonnya, Ridzuan Sarif, dari Pas, berjaya merampas DUN Bukit Katil disandang bekas Ketua Menteri yang juga Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dalam…
Read MoreDulu menang majoriti 200 kini 10,067
MELAKA 14 Nov. – Dulu menang dengan majoriti tipis sebanyak 200 undi tetapi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16, Mohd Noor Helmy Abdul Halem memecah rekod apabila memperoleh majoriti 10,067. Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, itu menang dengan 15,064 undi, meninggalkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Poo Long Suan yang memperoleh 4,997 undi. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, majoriti itu jauh lebih tinggi berbanding kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, lima tahun lalu. Mohd Noor…
Read More