KULIM 8 Dis. – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, menyifatkan kemenangannya sebagai bukti rakyat menolak pembentukan kerajaan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Katanya, kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu juga adalah manifestasi penolakan rakyat terhadap pelantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. “Keputusan ini adalah satu mesej jelas daripada rakyat Malaysia dan warga Padang Serai yang menolak Kerajaan Campuran PH-BN dan Kabinet Kleptokrat dan membantah pelantikan Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah,” katanya.…
Read MoreCategory: PRU 15
222 kerusi Parlimen PRU15 diisi
PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) berakhir semalam 7 Disember 2022 selepas kerusi P.017 Padang Serai menjadi kerusi terakhir dipertandingkan. Daripada 222 kerusi, Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 82 kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) 74 dan Barisan Nasional 30. Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula mencatatkan kemenangan 23 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah 6, Warisan 3, Bebas 2, Parti Bangsa Malaysia 1 dan Parti Kesejahteraan Demokratik 1. Sebanyak 39 parti layak bertanding dalam PRU15 ini sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding PRU14 pada 2018. PRU15 turut menyaksikan enam parti gabungan bertanding bagi meraih sokongan…
Read MorePRU15 : Nama-nama besar kecundang
SELAIN Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN) ramai lagi pemimpin ternama parti politik yang dijangka menang tetapi tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 semalam. Dr Mahathir gagal mempertahankan kerusi di Langkawi manakala Tengku Razaleigh gagal mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Gua Musang manakala Tengku Adnan Tengku Mansor gagal mempertahankan Putrajaya . Mohamed Azmin Ali (PN) yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak yang dimenanginya sejak 2008 atas tiket PKR dan kemudiannya menyertai Bersatu selepas PRU14. Presiden PBS, Maximus Ongkili pula…
Read MoreTidak kejar glamour melalui politik
PERMATANG PAUH : Ustaz Kazim Elias yang dilarang mengadakan ceramah di masjid dan surau atas alasan tidak ada tauliah di Pulau Pinang muncul di Pentas Anak Muda anjuran UMNO Permatang Pauh malam tadi. Kazim berkata kehadirannya bukan untuk ceramah atau kuliah agama tetapi ceramah berkaitan termasuk motivasi serta diselang seli dengan konsert nasyid serta selawat sebagai menghormati pihak berkuasa agama negeri. “Kalau nak saya ceramah macam dulu kena pangkah …(merujuk kepada calon BN P044 Datuk Mohd Zaidi Mohd Said,” katanya pada majlis itu. Beliau juga mengingatkan orang ramai, walaupun dalam…
Read MorePRU FAKTA
Tolak UMNO, Pas rela jadi pembangkang
MELAKA 15 Nov. – Pas rela menjadi pembangkang daripada bergabung dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya, Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, parti itu tidak sekali-kali akan bergabung dengan BN yang dianggap masih `keruh’, selain masih mengekalkan pemimpin yang mempunyai kes mahkamah. “Kalau kita menang sendiri dengan majoriti dua pertiga atau majoriti mudah, tak perlu kepada orang (parti lain untuk bergabung), (tetapi) kalau ada pihak yang nak bekerjasama selepas kita membentuk kerajaan, kita alu-alukan datang kepada kita. “Kalau Pas tak dapat majoriti mudah (untuk membentuk…
Read MoreCuti dan tol percuma balik kampung
PUTRAJAYA 14 Nov. – Kerajaan mengumumkan hari kelepasan am dan tol percuma pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November ini. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing. “Bagi memudahkan pengundi balik mengundi, sebanyak 30 konsesi lebuh raya bersetuju tawar tol percuma selama dua hari kepada pengguna sempena PRU15. “Tol bermula itu bermula pada jam 12.01…
Read MoreBN sedang ‘dating’ dengan GPS?
SELANGAU 14 Nov. – Barisan Nasional (BN) sedang ‘berdating’ atau dalam erti kata lain sedang bercinta sebelum melangsungkan majlis perkahwinan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Kami sedang berdating (menjalinkan percintaan),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Selangau WPC08, di sini, hari ini. Kenyataan Ismail Sabri itu sebagai membalas analogi Abang Johari sebelum ini membayangkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai wanita cantik yang sedang dilamar oleh ramai lelaki (pakatan politik di Semenanjung). “Sekarang ini kita lagi syok-syok…
Read MorePRU15 – Undi1990
16 dibawa lari, berapa ‘kembali’ semula kepada UMNO?
MELALUI program Cuit & Selak Khas PRU15, baru-baru ini, sahabat saya Sang Kelembai (SK) menjangkakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh memenangi sekurang-kurangnya 60 kerusi. Jumlah yang dinyatakan SK atau Zaharin Mohd Yasin melebihi jangkaan saya yang hanya meletakkan 40 kerusi (mungkin setakat hari itu). Sudah tentulah angka Zaharin tidak menepati jangkaan dalam kalangan pemimpin BN yang berani menjangkakan kemenangan 112 kerusi bagi mendapatkan majoriti mudah. Begitu juga dengan sasaran Pakatan Harapan (PH), angka yang sama. Tidak ada parti yang bertanding pada PRU15 atau mana-mana pilihan…
Read More