32 lagi kes kluster KTV Singapura

SINGAPURA 16 Julai – Kluster KTV terus menyumbang peningkatan kes baharu jangkitan tempatan Covid-19 di Singapura hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada 53 kes yang dilaporkan hari ini, 32 adalah dari kluster KTV yang menjadikan 120 kes dikaitkan dengan kluster itu.

Daripada 53 kes jangkitan tempatan baharu yang dilaporkan, 24 dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikenakan kuarantin.

Sebanyak 20 kes dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan dikesan menerusi ujian pengawasan. Sembilan kes pula tiada hubung kait,.

Di samping itu juga lapan kes import dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Dua daripadanya dikesan sejurus tiba di Singapura manakala baki enam lagi  sakit sewaktu menjalani SHN atau pengasingan.

Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 61 kes baharu Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,913 kes.

Related posts

Leave a Comment