Maro @ duduk dUmoh 06

Dalam sinis karya Maro hari ini ada kebenarannya. Lapangan terbang sunyi. Ada kapal terbang tetapi tidak boleh terbang kerana tidak ada penumpang. Penumpang pula tidak boleh ke mana-mana kerana kebanyakan pintu masuk negara-negara yang sering dilawati pengunjung ditutup. Di ruang udara, bagi mereka yang tinggal di kawasan laluan kapal terbang akan terasa betapa sunyinya ruang udara. Biasanya siang malam boleh sahaja kelihatan pesawat di udara. Bukan satu tetapi tiga empat pesawat melintas di udara melalui pelbagai arah. Kini untuk melihat pesawat pun susah. Begitulah penangan wabak Covid-19.

Read More