Harapan Zahid pada UMNO dua dasawarda

KUALA LUMPUR 2 Mei – Selepas menyambut ulang tahun ke-80, UMNO diingatkan supaya memperkukuhkan peranan dan hala tujunya dalam tempoh dua dekad akan datang, yang bukan sekadar memberi tumpuan kepada kemenangan pilihan raya sahaja. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, kerangka hala tuju parti perlu melangkah dengan asas lebih kukuh, penekanan kepada pembangunan holistik yang merentasi aspek agama, politik, ilmu dan jati diri bangsa Melayu. Justeru beliau mahu gerak kerja parti dipersiapkan dengan teras yang kemas agar melahirkan pewaris bangsa yang penuh roh dan jiwa kemelayuannya yang dapat menjadikan…

Read More

Aku Budak UMNO bukan ‘budak catur’

KUALA LUMPUR 2 Mei – Asal Bukan UMNO (ABU) yang pernah sinonim dengan slogan provokasi pihak lawan, kini dijenamakan semula sebagai ‘Aku Budak UMNO’ iaitu lambang kesetiaan dan jati diri ahli terhadap kelangsungan parti keramat itu. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, menegaskan beliau juga bukan ‘budak catur’ kepada mana-mana pemimpin, seperti dakwaan pemimpin Pas ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Pas Melaka di Bukit Katil baru-baru ini. Saya nak beritahu dekat pentas keramat ini, saya bukan budak catur sesiapa. Saya bukan budak Zahid Hamidi (Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid…

Read More

Karya manusia layak terima Akademi

LOS ANGELES – Hanya lakonan dan penulisan yang dilakukan oleh manusia akan layak dipertimbangkan untuk memenangi Anugerah Akademi Seni Filem dan Sains Sinematik (Academy of Motion Picture Arts and Sciences). Akademi menyatakan bahawa pencalonan Oscar bagi kategori lakonan dan penulisan hanya akan diberikan kepada karya yang “jelas dilaksanakan oleh manusia”, manakala skrip pula mestilah “ditulis oleh manusia”. Akademi menegaskan bahawa hanya lakonan dan penulisan yang dilakukan oleh manusia akan layak dipertimbangkan untuk memenangi Anugerah Akademi. Dalam peraturan kelayakan terbaharu yang diumumkan pada Jumaat, Akademi menyatakan bahawa pencalonan Oscar bagi kategori…

Read More

Program tidak boleh ketepikan adab

SEPANG 1 Mei – Setiap penganjuran program perlu berteraskan prinsip yang jelas dan tidak boleh mengetepikan nilai, adab, sensitiviti agama serta norma masyarakat tempatan, kata Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pihaknya mengambil serius pandangan yang dikemukakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. “Pandangan ini wajar dihormati kerana ia mencerminkan kegusaran sebahagian besar rakyat Malaysia. “Sebab itu, kami telah meminta supaya program seumpama ini diteliti semula dari segi konsep, kandungan dan pelaksanaannya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini. Timbalan…

Read More

Selepas arak, ‘disko’ pula di tengah jalan

SEPANG 1 Mei  – Umpama disko di tengah jalan, demikian kenyataan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh ketika mempersoalkan penganjuran program berbentuk pesta air di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Dr Muhamad Akmal berkata, sebelum ini terdapat program kementerian menyediakan hidangan arak, manakala penganjuran terbaharu itu pula dilihat tidak selari dengan nilai masyarakat setempat. Beliau mendakwa bantahan yang disuarakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak diberi perhatian oleh pihak menteri terlibat. Sehubungan itu, beliau secara sinis menyatakan harapan agar Perdana Menteri dapat menganugerahkan gelaran “menteri paling kuat…

Read More

Tarik balik cadangan potong bajet KKM, KPT

SEPANG 1 Mei  – Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan membentangkan rancangan penjimatan yang lebih adil, bijak dan pro-rakyat tanpa mengorbankan keperluan kesihatan awam dan masa depan pendidikan generasi muda. Setiausaha Agung PN  Takiyuddin Hassan berkata, negara tidak akan maju ke hadapan jika kesihatan awam dikorbankan, sementara keperluan generasi mudanya dikesampingkan bagi menutup kegagalan pengurusan kerajaan sendiri. “Memotong dana untuk hospital sebelum mengurangkan pembaziran atau mengurangkan peruntukan untuk universiti sebelum menghapuskan ketidakcekapan adalah langkah yang salah,” katanya sambil menegaskan disiplin fiskal mesti dipandu oleh kebijaksanaan dan keutamaan yang jelas. Justeru PN…

Read More

Suu Kyi jalani baki hukuman di kediaman

YANGON – Bekas Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, dibenarkan berpindah dari penjara ke sebuah kediaman yang ditetapkan bagi menjalani baki hukumannya. Menurut stesen penyiar milik kerajaan, Myanmar Radio and Television (MRTV), Presiden Myanmar, U Min Aung Hlaing mengarahkan perubahan lokasi pemenjaraan Suu Kyi selaras dengan peruntukan undang-undang jenayah berkaitan. Keputusan itu dibuat sempena sambutan Hari Buddha serta atas dasar kemanusiaan dan niat baik kerajaan. Tentera menggulingkan kerajaan dipilih Suu Kyi lima tahun lalu, menahannya atas pelbagai pertuduhan yang menurut kumpulan hak asasi direka untuk menyingkirkannya daripada politik, sekali…

Read More

Aktivis misi Flotila dibawa ke Greece

ATHENS – Puluhan aktivis yang ditahan selepas dipintas tentera Israel dalam misi flotila bantuan menuju Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Crete akan dibawa ke Greece. Menteri Luar Israel, Gideon Saar, menerusi platform X, mengucapkan terima kasih kepada Greece atas ‘kesediaannya menerima peserta flotila’. “Dengan penyelarasan bersama kerajaan Greece, individu yang dipindahkan daripada kapal flotila ke kapal Israel akan diturunkan di sebuah pantai Greece dalam beberapa jam akan datang,” katanya Kementerian Luar Israel sebelum ini menyatakan kira-kira 175 aktivis telah dipindahkan daripada lebih 20 bot. Flotila berkenaan adalah usaha terbaharu oleh…

Read More