BN sah tanding 21, Pas, rakan- rakan 7

MASJID TANAH 21 Okt. – Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan rundingan dengan Pas pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka, kata Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menurut Ahmad Zahid menerusi rundingan itu, BN akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pas dan ‘rakan-rakannya’ tujuh kerusi.

“Saya ingin mengesahkan BN akan bertanding 21 kerusi dan mereka (PAS) bersama rakan-rakan mereka akan bertanding tujuh kerusi.

“Ertinya itulah kata-kata muktamad yang saya ingin berkongsi pada rakan-rakan media,” katanya selepas menghadiri Program Melaka Bermunajat di Masjid Salmah, di sini malam ini.

Pada pilihan raya Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) meraih dua kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRU DN Melaka pada 31 Oktober ini manakala undi awal 10 November dan hari mengundi pada 14 November.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment