Akhirnya Hajiji sah KM Sabah

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.  Turut mengangkat sumpah di Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 29 September adalah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin yang juga ADUN Lamag, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)  Dr Jeffrey Kitingan (Tambunan), dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Joachim Gunsalam (Kundasang).  Bung Moktar turut mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerajaan…

Read More

BN hormati UMNO Sabah

BARISAN Nasional (BN) menghormati autonomi UMNO Sabah, yang dipersetujui bersama dengan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), untuk mencalonkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor, sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah Bung Moktar Radin bahawa keputusan itu dibuat, demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan. “Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah, yang telah pun dipersetujui bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Zahid berharap semoga kerajaan negeri Sabah yang baharu itu, dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda bagi membela…

Read More

Hajiji Ketua Menteri Sabah

SELEPAS UMNO dan Bersatu berteka teki akhirnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah pada majlis di Istana Negeri esok 29 September pada pukul 10.30 pagi. “Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya. “Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel di Kota Kinabalu, hari ini, 28 September  Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Bung Moktar…

Read More

Spekulasi siapa KM Sabah

PELBAGAI kemungkinan boleh berlaku di Sabah selagi Ketua Menteri Sabah yang baharu tidak dilantik selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 semalam.  Semua pemimpin utama parti GRS telah pun mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin Mereka adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah Jahid Jahim. Yang Dipertua Negeri…

Read More

275 hilang wang deposit

SERAMAI 275 daripada 447 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah  hilang wang deposit apabila gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.  Seramai 172 calon lain kalah tetapi tidak hilang deposit.  DUN Bengkoka yang menyaksikan pertandingan 11 penjuru adalah kawasan paling ramai calon yang hilang deposit apabila lapan calon memperoleh kurang daripada satu per lapan daripada undian keseluruhan. Calon yang hilang deposit ialah Jose Modsinupu (Parti Cinta Sabah (PCS)), Samuil Mopun (Parti Bersatu Sabah(PBS)), Sotijin Juhui (Parti  Gagasan  Rakyat Sabah(Gagasan)), Rita Cham (Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)),…

Read More

Anifah, Pandikar Amin tewas

BEBERAPA nama besar dalam arena politik negeri dan negara yang mencuba nasib bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Mereka termasuklah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman di DUN Bongawan, Ketua Umum USNO Pandikar Amin Mulia di DUN Pintasan, Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau (DUN Kiulu ) dan bekas Ketua Menteri Chong Kah Kiat yang juga Penasihat Parti Liberal Demokratik (LDP) di DUN Inanam. Anifah yang menghadapi pertandingan empat penjuru memperoleh 3,598 undi berbanding calon Warisan yang menang dengan memperoleh 5,400 undi. Pandikar Amin pula menghadapi…

Read More

GRS menang majoriti mudah

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) memperoleh kemenangan dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Majoriti mudah 38 kerusi itu diperoleh hasil kemenangan parti gabungan tersebut membabitkan Perikatan Nasional di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (14 kerusi) dan Parti Bersatu Sabah (tujuh kerusi). Warisan menang di 29 kerusi, PKR (dua kerusi), Bebas (tiga kerusi) manakala UPKO (satu kerusi). Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh mengumumkan keputusan penuh itu dalam sidang akhbarnya di Kota Kinabalu pada pukul 12.30 malam.

Read More

Mohammadin Ketapi menang

PENCETUS kontroversi isu pencerobohan Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Calon Warisan itu dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Menurut keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Mohamaddin, bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mendapat 4,864 undi menewaskan tujuh pencabar yang lain dengan majoriti 2,168 undi. Sebelum ini, Mohamaddin dilapor berkata pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013 adalah sandiwara. 1 MOHD BASARI BIN ABDUL GAPAR GAGASAN 135 2 KAMIS BIN BURHAN BEBAS 510 3 KAMARUDIN BIN MOHMAD CHINKI…

Read More

Hari penentuan Sabah

PARTI mana dan siapa bakal Ketua Menteri akan ditentukan oleh 1.08 juta pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini, 26 September 2020. Adakah Warisan Plus bakal meneruskan pentadbiran negeri di bawah bayu itu atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih? GRS terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah manakala Warisan Plus meliputi Warisan, DAP dan Amanah serta sekutu UPKO dan PKR.  Benar pertembungan dua gabungan ini amat sengit tetapi jangan pula permudahkan cabaran Parti Cinta Sabah (PCS) dan beberapa parti kecil lain yang menampilkan tokoh masing-masing yang…

Read More