Anjing liar di jalanan, apa penyelesaiannya

DALAM satu hantaran di Facebook Bandar Baru Bangi Community (BHBC), Selak tertarik dengan kenyataan yang berbunyi : “Anjir (anjing) utk dijual. Sekor RM3.50. Ambil semua (4 ekor) RM10!! Lokasi Jalan 5C/5, Seksyen 5. Maknanya, ada masalah anjing liar atau anjing jalanan. Bagi Selak, ia satu gurauan tetapi serius. Nampak benar kekecewaannya berkaitan masalah anjing berkeliaran yang boleh mengancam keselamatan orang awam terutama kanak-kanak. Lihatlah komen yang pelbagai. Tidak ketinggalan, rasa kecewa netizen terhadap pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Akhirnya lahirlah kenyataan gurauan seperti di atas. Siapa lagi yang…

Read More

Menanti ‘pendirian’ Speaker Dewan Rakyat

APAKAH nasib enam anggota Parlimen yang sebelum ini mewakili Bersatu tetapi keahlian mereka terhenti secara serta-merta selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim? Bersatu sudah mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat (DR), Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya dikosongkan. Mengambil contoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri atas alasan sama iaitu keahlian terhenti, adakah Johari juga akan berbuat demikian? Tetapi Kelantan di bawah penguasaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan sudah tentu tidak akan menangguhkan kekosongan itu sedangkan di peringkat Persekutuan,…

Read More

Buang tabiat bawa ‘gula-gula’ masa kempen

SECARA rasmi, sebaik sahaja pengisytiharan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 22 Jun ini, maka bermulalah kempen 14 hari bagi ‘memancing undi’ rakyat. Ketika ini pun, sejurus diketahui akan berlangsung PRK susulan kematian penyandang, berduyun-duyun pemimpin politik turun ke Nibong Tebal, kawasan Parlimen yang letaknya DUN Sungai Bakap. Sama ada KEBETULAN atau sudah dirancang sebaik sahaja menerima berita kematian wakil rakyat kawasan itu, Nor Zamri Latiff (Pas-PN) pada 24 Mei lalu maka Sungai Bakap tidak sunyi dikunjungi orang politik, apatah…

Read More

PHBN buka gelanggang PRK Sungai Bakap

JENTERA Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) (PHBN) membuka gelanggang ‘kempen’ Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap lebih awal apabila memulakan program Perpaduan Bermunajat. Walaupun hari penamaan calon hanya akan berlangsung pada 22 Jun, menandakan permulaan kempen secara rasmi sehingga hari pengundian pada 6 Julai, PHBN bertindak lebih awal untuk mendekati para pengundi. Program Perpaduan Munajat ini juga akan diisi dengan solat hajat sempena Pelancaran Jentera Perpaduan PHBN N20 Sungai Bakap. Langkah awal PHBN menganjurkan program di kawasan yang terletak di bawah Parlimen Nibong Tebal…

Read More

Giliran penduduk Sungai Bakap ‘diraikan’

SELEPAS Kuala Kubu Bharu (KKB), kini tiba pula giliran penduduk atau pengundi N.20 Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan ‘menikmati laba’ Pilihan Raya Kecil (PRK) apabila ramai pemimpin politik terutama di pihak kerajaan ‘turun padang’. Pastinya pelbagai bantuan dan janji akan ‘turun’ bagaikan salji putih ke Sungai Bakap yang akan mengadakan PRK pada 6 Julai susulan kekosongan mengejut berikutan kematian Nor Zamri Latiff (PN) pada 24 Mei lalu. Mengambil kira tempoh sekarang dan hari penamaan calon 22 Jun,  serta hari mengundi 6 Julai, ada lebih kurang 30 hari penduduk kawasan itu…

Read More

GELORA MENUNGGU LAMBAIAN KAABAH

KHUTBAH Jumaat di Selangor minggu lepas berkaitan ibadah haji. Tajuknya Lambaian Kaabah’. Syukurlah bagi 31,600 yang terpilih menunaikan rukun Islam kelima itu. Ingatlah masih ramai menanti giliran, ibarat menunggu buah tak gugur. Ketika ini hampir empat juta pendeposit TH sedang menunggu giliran untuk menjadi tetamu Allah dengan tempoh menunggu sesuatu yang amat ‘mengerikan’. Jika diselak kenyataan TH tahun lalu, tempoh giliran menunggu untuk menunaikan haji mencecah 148 tahun, dan dijangka dapat dipendekkan menjelang 2030 apabila jumlah jemaah ditingkatkan kepada lima juta berbanding dua juta ketika ini. Maka bersyukurlah apabila tersenarai…

Read More

Episod baharu selepas UMNO balas jasa DAP

TAHNIAH Kerajaan Perpaduan kerana berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei lalu. Tahniah juga kepada UMNO kerana sudah membalas budi baik DAP. Lebih bermakna, kemenangan itu bagaikan satu hadiah istimewa sama ada daripada DAP atau daripada UMNO yang menyambut ulang tahun ke-78 penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu itu pada hari pengundian berlangsung. Apa pun, bukanlah satu kejutan, penyandang mampu mempertahankan kedudukan lebih-lebih lagi ketika calonnya hadir dengan “kekuatan” sebagai sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri Selangor atau di…

Read More

“Balas budi? Sorry, MCA ada maruah, bukan hipokrit”

SAH, calon DAP yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini. Apa pun label, sama ada calon Kerajaan Perpaduan atau bukan mewakili parti, yang pasti Pang Sock Tao mewakili DAP. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu pastinya akan bertanding menggunakan simbol Pakatan Harapan (PH). Adakah simbol Kerajaan Perpaduan dalam senarai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Maka apabila Kerajaan Perpaduan atau PH mengesahkan wakil DAP sebagai calon, sudah tentulah MCA tetap berpegang kepada pendiriannya untuk tidak berkempen di…

Read More

Iftar di masjid elak bazir di hotel, bazar Ramadan

HARI ketiga Ramadan, di mana berbuka hari ini? Walau di mana sahaja, sama ada di rumah, masjid, surau, gerai, restoran mamak, cafe sehinggalah ke hotel ‘berbintang-bintang’, elakkan pembaziran. Ingat mereka yang sedang kelaparan. Setiap kali Ramadan, bukan sekadar pembaziran wang ringgit tetapi juga makanan atau minuman yang akhirnya menjadi habuan tong sampah, sama ada tidak habis di makan atau makanan rosak, basi. Khabarnya tahun ini, umat Islam negara ini akan berbelanja lebih RM30 bilion untuk juadah puasa kali ini meliputi di bazar Ramadan, restoran dan hotel. Itu pandangan, seorang pakar…

Read More

Serabut di lebuh raya, tenangkan di R&R

SEBAIK sahaja diumumkan umat Islam di Malaysia akan berpuasa mulai esok Selasa, 12 Mac maka berduyun-duyunlah poster, video, ucapan, panduan ibadah dan sebagainya berkaitan puasa masuk ke WhatsApp. Pada masa yang sama, masih ada perbincangan berkaitan Tarawih. Berapa rakaat, adakah 8 + 3 atau 20 + 3. Akan timbul lagi kenapa tidak itu tidak ini. Dibandingkan pula masjid dan surau malahan sehingga dibandingkan dengan Arab Saudi. Di celah-celah perbahasan jumlah rakaat akan timbul juga soal tazkirah sama ada di pertengahan atau sesudah solat sunat itu. Biar berapa rakaat yang hendak…

Read More