REMBAU 15 Okt. – Kementerian Luar mengklasifikasikan perjalanan ke rantau Teluk sebagai tidak selamat ketika ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan
Justeru rakyat Malaysia dinasihatkn menangguhkan perjalanan menunaikan umrah berikutan ancaman keselamatan akibat serangan pemberontak Houthi terhadap Arab Saudi yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam.
Mohamad berkata, walaupun kerajaan tidak mengeluarkan larangan rasmi, langkah nasihat menangguhkan perjalanan itu amat penting demi keselamatan jemaah negara ini.
Katanya, Kementerian Luar cuma memberi nasihat perjalanan kerana kita dapati pada masa ini perjalanan ke Arab Saudi dikategorikan sebagai tidak selamat.
“Jika tidak ada apa-apa yang mendesak, Kementerian Luar menasihatkan supaya tangguhkan dulu. Namun terpulanglah kepada antara jemaah atau pun berunding dengan syarikat-syarikat yang menguruskan pakej umrah mereka.
Lagi pun umrah boleh dibuat pada bila-bila masa,” katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan pelajaran, am dan warga emas Parlimen Rembau di Dewan Orang Ramai Rantau di sini, hari ini.
Mohamad berkata, Kementerian Luar mengklasifikasikan perjalanan ke rantau berkenaan sebagai tidak selamat ketika ini.
Beliau berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku jika berada di kawasan yang terdedah kepada serangan.
“Dalam keadaan ini, kita tidak tahu apa yang boleh berlaku. Kita tidak menyangka Lapangan Terbang Riyadh boleh dibom atau peluru berpandu boleh sampai ke kawasan berkenaan. Perkara ini tidak boleh dipandang mudah,” katanya.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, Malaysia mengecam sebarang tindakan agresif terhadap sebuah negara yang merdeka dan mahu rundingan serta gencatan senjata segera diadakan.
Katanya, keamanan di rantau terbabit perlu dicapai seberapa segera kerana ia membabitkan orang awam yang menjadi mangsa.
Semalam, Kementerian Luar melaporkan tiada rakyat Malaysia terkorban atau cedera susulan serangan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan 12 orang terkorban manakala 309 lagi cedera dalam insiden serangan itu.
Empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan dilaporkan terkorban.
Mmm
