Babi atau itik, manusia bertanggungjawab

SIAPA sebenarnya yang benar? Babi atau itik? Ada yang secara sinis berkata babi punya kumbahan, itik dapat nama, seperti lembu punya susu sapi dapat nama. Semua ini gara-gara pencemaran merentasi negeri, dari Pulau Pinang ke Kedah. Dilaporkan berlaku pencemaran Sungai Air Merah dan Sungai Kulim di Kedah akibat ladang ternakan di Bukit Mertajam, Seberang Perai Pulau Pinang. Mulanya babi dipersalahkan dan tidak sampai 24 jam, itik pula jadi punca. Terdapat percanggahan kenyataan antara Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, dan Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan…

Read More

K6 Bersatu, siapa berani jadi ‘anak jantan’

IBARAT gantung tidak bertali. Itu situasi dialami Kumpulan Enam (K6) Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kepemimpinan Anwar Ibrahim. Malangnya istilah yang merujuk hubungan suami isteri itu tidak terpakai bagi K6. Walaupun K6 wakil rakyat itu cuba menunjukkan ‘kejantanan’ masing-masing tetapi tidak ada seorang pun yang berani bertindak sebagai ‘anak jantan’ mengisytiharkan keluar parti dan sanggup berhadapan pilihan raya kecil (PRK). “Jika benar nak jadi anak jantan, umumkan pengunduran sebagai Ahli Parlimen,” kata Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris ketika mencabar Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman yang ‘buat bising’…

Read More

Masih berbekaskah episod politik dan istana

SELAMAT tinggal Istana Negara. Berakhir sudah tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) XVI. Baginda kini kembali bersemayam di Istana Abu Bakar, Pahang. Al-Sultan Abdullah 65, dilantik lebih awal sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas Sultan Muhammad V dari Kelantan yang bersemayam mulai 13 Disember 2016 meletakkan jawatan sebagai YDPA XV pada 6 Januari 2019. Menyelak kembali pelantikan Al-Sultan Abdullah, sesuatu yang menarik perhatian adalah baginda merupakan ‘Sultan termuda’ dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas 15 hari naik takhta sebagai Sultan Pahang VI. Baginda diputuskan…

Read More

Haji 1445H: Awasi scammer, rujuk TH, pilih PJH

TAHNIAH kepada bakal jemaah haji yang sudah mendapat tawaran untuk menunaikan haji, rukun Islam ke lima yang wajib jika berkemampuan. Syukur, anda antara 31,600 jemaah yang terpilih memenuhi kuota bagi musim haji 1445H/2024M. Masih ramai yang menanti giliran, bagaikan menunggu buah yang tidak gugur. Bagi yang sudah terpilih, bersyukurlah dan bersedia dengan fizikal dan mental. Bagi yang belum mendapat tawaran, terus bersabar. Maknanya, belum ada ‘kemampuan’. Kos haji musim ini meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu berikutan kenaikan kos meliputi seluruh rantaian perkhidmatan haji iaitu penginapan, penerbangan, sajian, visa,…

Read More

Amanah bina kekuatan baharu hadapi PRU16

BANG Mat @ Mohamad Sabu tidak menjadi pilihan No.1 pada pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Amanah baru-baru ini. Beliau menduduki nombor lapan. Bagaimanapun melalui musyawarah Bang Mat tetap diangkat sebagai Presiden. Kedudukan Bang Mat sama seperti bekas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga menduduki tangga ke-8 semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) 2022-2025. Guan Eng kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi DAP. Sistem diguna pakai Amanah dan DAP tidak menjamin mereka yang menerima undi tertinggi daripada perwakilan akan memikul jawatan utama. Sudah tentu dalam kalangan jawatankuasa yang terpilih, mereka mempunyai pandangan…

Read More

Memilih ‘Top 5’ Amanah membina kekuatan PRU16

ANWAR Ibrahim tidak menunggu keputusan pemilihan Amanah untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas kematian Salahuddin Ayub yang merupakan Timbalan Presiden Amanah. Perdana Menteri pada 11 Disember lalu, kira-kira dua minggu menjelang pemilihan Amanah 23 Disember ini bukan sekadar mengisi kekosongan di KPDN sebaliknya melakukan rombakan khususnya melibatkan pimpinan UMNO, DAP dan PKR. Akhirnya terisilah jawatan Kabinet kuota Amanah, yang kosong susulan kematian Salahuddin pada 23 Julai 2023. Bagaimanapun pengisian bukan di KPDN sebaliknya di Kementerian Kesihatan (KKM). Pilihan tepat apabila Pengarah Strategi Amanah,…

Read More

UMNO kecundang di kubu kuat, Dr Sam pelengkap di Dewan Rakyat

TAHNIAH Pas atas kemenangan besar di Parlimen Kemaman. Saya pinjam ayat Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Itulah ayat sewajarnya selepas pertandingan. Adat bertanding, ada kala menang dan ada kala kalah. Istimewanya kemenangan calon Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melengkapkan penyertaan Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri (KM) di peringkat Parlimen yang selama ini diwakili Pakatan Harapan (PH) di zon utara, tengah dan selatan. Walaupun MB dilabel tamak dan didesak meletak jawatan oleh pimpinan UMNO kerana bertanding di Parlimen, pengundi-pengundi Kemaman tidak bebal dengan alasan dangkal itu sebaliknya ‘mengirim’…

Read More

Tiada kejutan Bukit Gantang lompat sokongan

  “Ini bukan kali pertama susuk tubuh bernama Syed Abu Hussin Hafiz beralih sokongan dalam kerjayanya sebagai Ahli Parlimen. Selak kembali selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Pada 9 Mei 2018, beliau mengisytiharkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN),”   BUKANLAH satu kejutan apabila Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongannya secara terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini. Mungkin satu kejutan apabila soalan tambahan seperti ‘ucapan dasar Presiden’ dengan mukadimahnya panjang sebelum soalan dikemukakan. Kejutan juga apabila beliau ‘berani’ mengisytiharkan lompat…

Read More

Kenapa BN gelisah MB calon PRK Kemaman

NAMPAKNYA Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO cukup ‘terasa’ dengan tindakan Pas mencalonkan Menteri Besar (MB) Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. Di sebalik keyakinan terhadap ‘panglima’ yang dicalonkan BN, Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, jangan pula ada suara umpama harimau mengaum tak dapat menangkap iaitu “Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul”. Tidak hairanlah Dr Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu mengingatkan pemimpin BN supaya tidak terlalu ‘ssettok’ dengan pemilihan beliau sebagai calon pada PRK yang akan berlangsung…

Read More

Dr Sam lengkapkan penyertaan MB,KM di Parlimen

PEMILIHAN Menteri Besar (MB) Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember ini bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam kalangan Menteri Besar. Cuma penampilan MB Terengganu kali ini pada PRK bukannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) seperti melibatkan MB lain sama ada bertanding serentak dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sebaliknya. Ini adalah penampilan pertama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu di kerusi parlimen bagi menentang calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada PRK, 2…

Read More