PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor Onn Hafiz Ghazi nampaknya kurang selesa dengan isu pembentukan Kerajaan Perpaduan di Johor yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Mohamed Azmin Ali. Baru-baru ini, Azmin mencabar Onn Hafiz mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Johor sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Sabtu, 28 September ini. Bagaimanapun Onn Hafiz menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya untuk melaga-lagakan rakyat di negeri itu oleh pemimpin pembangkang dari luar. Mungkinkah isu ini boleh menjejaskan sokongan rakan-rakan dari…
Read MoreCategory: SELAK
Laluan Steven Sim sebagai KM Pulau Pinang
PELANTIKAN Steven Sim Chee Keong sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang bukanlah satu kejutan walaupun sebelum ini ada desas desus mengatakan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Chow Kon Yeow. Bagaimanapun Hui Ying masih bergandingan dengan Sim apabila adik bekas Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang Lim Guan Eng itu dikekalkan sebagai Setiausaha. Pelantikan Pengerusi ditentukan oleh 15 Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang 2024-2027 yang memenangi pemilihan dan tidak semestinya mereka yang mempunyai jumlah undi tertinggi akan terpilih. Dalam pemilihan semalam, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh,…
Read MoreUMNO bergerak solo atau sekadar ‘dominan’
UCAPAN Dasar Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi melontarkan pelbagai persoalan mengenai hala tuju parti itu dalam mendepani laman baharu dinamika dan realiti semasa politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum ke-16. Berbaki lebih kurang tidak sampai tiga tahun lagi, parti-parti politik terutama yang membentuk Kerajaan Perpaduan sudah tentu mempunyai percaturan sendiri – sama ada sekadar’tepuk dada tanya selera’ atau sekadar ‘ukur baju di badan sendiri’. Dalam hal ini, kepada lebih 2,000 perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Dewan Merdeka, Timbalan Perdana Menteri melontarkan persoalan sama ada pendekatan bergerak…
Read MoreLangkah awal PN sumbang, BN layak menang
APABILA menang muncullah pelbagai analisis yang mewajarkan kemenangan. Riuh rendah ruang media sosial pihak yang menang menampilkan pelbagai reaksi. Macam-macam cerita keluar. Yang kalah pula membisu seribu bahasa. Itu politik. Apa pun kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bukanlah sesuatu yang luar biasa atau kejutan. Tidak seperti kemenangan Pas di Sungai Bakap. BN layak menang di Nenggiri. PRK DUN Sungai Bakap banyak memberi pengajaran kepada parti-parti yang bertanding untuk merangka strategi bagi mencatatkan kemenangan. Justeru ketika Perikatan Nasional (PN) mungkin ‘leka’ dengan…
Read MoreNenggiri milik PN atau kembali ke pangkuan BN
PERIKATAN Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing yakin untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila 20,216 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. PN mahu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu dengan majoriti 810 undi manakala BN mahu merampas kembali kerusi yang diwakili selama empat penggal sejak 2004. Mampukah PN yang berbekalkan majoriti 810 undi pada PRN lalu mengekalkan kerusi yang pernah menjadi kubu BN itu? Adakah gelombang kemenangan PN melalui calon Pas pada PRK di Sungai Bakap…
Read MoreMahkota: Sandiwara atau ribut dalam cawan
BERKOCAK lagi ‘air kopi Kluang’ dalam cawan. Selagi belum habis dihirup dan selagi ada sudu yang mengacau, atau selagi cawan tidak pecah, maka ia akan terus berkocak. Mungkin sehingga 14 September ini. Begitulah situasi dalam beberapa hari kebelakangan ini, apabila UMNO dan Amanah bercakap mengenai ‘siapa layak’ diturunkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dalam kawasan Parlimen Kluang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 September sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 28 September. ‘Perebutan’ kerusi menarik perhatian apabila Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid…
Read MoreKita mampu boikot tetapi kurang ‘support’
RABU lalu, secara rasmi Malakat Mall ditutup. Jika 13 Mac 2020 tarikh keramat pembukaan rasminya tetapi 31 Julai 2024, Malakat Mall mengadakan majlis penutup rasmi dalam kalangan petugas pusat perniagaan itu. Begitulah berakhirnya ‘pasar mesra Muslim’ yang melibatkan peniaga-peniaga Melayu Muslim yang cuba memperjuangkan kebangkitan ekonomi orang Islam. Jika empat tahun lalu ruang bangunan itu diisi dengan groceries’ atau pasar runcit dan basah, restoran, kedai pakaian, hiasan rumah, buku dan alat tulis, barangan sukan, dan macam-macam lagi tetapi sejak beberapa hari lalu mula dikosongkan. Namun jangan salah faham. Untuk makluman…
Read MoreMahu ke mana Gerakan selepas BN, PN
UGUT mengugut dalam parti politik adalah satu perkara biasa. Kadang-kadang ‘ugutan’ itu ada muslihat tertentu demi kepentingan puak atau kumpulan masyarakat yang diwakili. Dalam erti kata lain ia sekadar ‘lakonan’. Apa pun dalam gabungan parti politik, persefahaman amat penting. Justeru sebarang kenyataan tidak boleh diambil mudah walaupun jika ada muslihat tertentu. Esok lusa tarik balik dan keadaan menjadi reda. Lain kali ugut lagi! Terkini yang menarik perhatian pemerhati politik adalah apa yang berlaku dalam kelurga Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Bersatu, Pas, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia atau Malaysian…
Read More‘Katak melompat’ akibat kecelaruan tafsiran
STABILKAH politik apabila Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengekalkan status enam bekas Ahli Parlimen Bersatu ? Ini berikutan timbul pelbagai tafsiran berkaitan Akta Antilompat Parti sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Pihak yang membantah atau meragui keputusan Johari bukan sekadar pimpinan Perikatan Nasional (PN) malahan ada juga dalam kalangan penyokong kerajaan yang tidak setuju dengan keputusan Speaker. Begitu juga dengan pelbagai tafsiran atau pandangan pihak yang tiada kaitan dengan parti politik termasuk pertubuhan bukan kerajaan, pengamal undang-undang, ahli akademik di samping individu dalam kalangan politik. Tafsiran siapakah yang sebenarnya…
Read MorePRK Sungai Bakap – dikuburkan, imej dan hadiah
KALI ini kita kuburkan mereka! Begitulah bersemangatnya Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir ketika berucap mewakili Barisan Nasional (BN) di pentas Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap. Beliau mengajak penyokong BN – UMNO, MCA, MIC dan Pakatan Harapan (PH) – PKR, DAP, Amanah yang hadir menguburkan Perikatan Nasional (PN) pada PRK itu. Presiden UMNO Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula pada hari-hari terakhir kempen mengulangi komitmen untuk bersama PH pada PRU-16, dan menegaskan kemenangan PH akan memberi imej yang baik terhadap kerjasama PH-BN. Beliau juga menyatakan jika…
Read More