Kes tembak di sekolah AS

OREGON – Tiga kanak-kanak dan seorang dewasa dilaporkan maut dalam insiden tembakan di sebuah sekolah rendah di Bend, Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis manakala suspek juga ditemukan mati ditembak.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada suspek termasuk dalam jumlah kematian berkenaan.

Terdahulu seorang individu bersenjata melepaskan tembakan di Sekolah Rendah Silver Rail, mencederakan beberapa mangsa termasuk kanak-kanak, sebelum ditemkan mati ditembak, dipercayai oleh individu bersenjata yang berada di lokasi.

CBS News kemudian melaporkan bahawa suspek berusia 16 tahun.

Polis di Bend, bandar dengan kepadatan kira-kira 100,000 penduduk di tengah Oregon menerima panggilan pertama berhubung kejadian itu pada kira-kira pukul 1 tengah hari di mana laporan awal memaklumkan seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di Sekolah Rendah Silver Rail.

Jurucakap Jabatan Polis Bend, Sheila Miller berkata, penyiasat masih belum mengesahkan identiti individu yang menembak suspek.

Sekolah Rendah Silver Rail menempatkan murid dari peringkat tadika hingga gred lima, iaitu sekitar usia lima hingga 11 tahun, dengan kira-kira 450 murid dan 40 kakitangan.

Related posts

Leave a Comment