Sekolah lapan PPD di Selangor tutup

SHAH ALAM 15 Okt.- Semua sekolah bawah pentadbiran lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor akan ditutup serta tidak beroperasi, esok (16 Oktober) susulan situasi jerebu di negeri itu.

PPD terbabit ialah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama.

Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS) dalam kenyataan terkini bagaimanapun memaklumkan bahawa sekolah bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.

“Namun, semua aktiviti luar bilik darjah di kedua-dua daerah berkenaan tidak dibenarkan.

Ibu bapa, penjaga, murid dan seluruh warga pendidikan diminta mengambil maklum mengenai pemakluman ini dan merujuk saluran JPNS bagi mendapatkan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.

Sebarang perubahan status pengoperasian sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPNS dan kerjasama serta perhatian semua pihak amat dihargai.

Related posts

Leave a Comment