GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa satu “malapetaka kesihatan awam” akan berlaku di Gaza ketika jumlah tinggi penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan kerosakan pada prasarana air dan kebersihan.
Jurucakap WHO Christian Lindmeier memberi amaran tentang risiko kematian penduduk Gaza yang bukan secara langsung disebabkan pengeboman Israel tetapi disebabkan ‘kesihatan’.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza menyatakan lebih 8,300 rakyat Palestin terbunuh sejak Israel memulakan serangan udara ke atas kawasan dikuasai Hamas.
Ia merupakan tindak balas terhadap serangan pada 7 Oktober di mana Hamas membunuh 1,400 individu di Israel, dan mengambil lebih 200 orang sebagai tebusan.
Seorang jurucakap agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, James Elder pula memberi amaran tentang risiko kematian dalam kalangan bayi disebabkan dehidrasi, dengan pengeluaran air berada hanya pada 5 peratus berbanding paras biasa.
Kira-kira 940 kanak-kanak dilaporkan hilang di Gaza, sesetengah daripada mereka dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
