Kabinet : Elak individu ada kes mahkamah

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Seorang pengamal perundangan, menyarankan supaya keanggotaan Kabinet baharu tidak melibatkan mana-mana individu yang masih menghadapi perbicaraan jenayah dalam pelbagai peringkat di mahkamah. Peguam, Haniff Khatri berharap , Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak melantik individu yang terlibat dengan menamakan beberapa individu iaitu Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Lim Guan Eng (DAP) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA). Dalam kenyataan melalui Facebooknya, beliau mengakui pembentukan Kabinet adalah antara cabaran utama yang dihadapi Anwar untuk terus memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dalam hal keadaan ‘Parlimen tergantung’ Haniff…

Read More

Ejen Israel: Polis siasat Hassan Saad

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Polis menerima laporan berhubung kenyataan yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel. Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Noorsiah Saaduddin, berkata siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. Kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Anwar hari ini menghantar surat tuntutan kepada Hassan dan memberi masa tiga hari supaya menarik balik dengan serta-merta kenyataan dan…

Read More

Agong terima menghadap Anwar

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, petang ini. Menurut Facebook rasmi Istana Negara, sesi menghadap Anwar itu bermula pukul 5 petang. “Sesi menghadap itu yang pertama selepas Anwar menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu,” katanya.

Read More

Pertembungan lima penjuru kekal di Tioman

Pertembungan lima penjuru kekal di Tioman PUTRAJAYA 29 Nov. – Walaupun Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, pertembungan masih lima penjuru. Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuma menyediakan gelanggang untuk calon bertanding manakala keputusan untuk menarik diri atau memberi  laluan kepada pihak lain adalah atas dasar politik calon masing-masing. Pada masa yang sama status pencalonan tidak boleh diubah selepas tempoh penamaan calon ditutup dan nama calon yang sah tetap tersenarai dalam kertas undi untuk…

Read More

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260

KUALA LUMPUR 29 Nov. –  Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir  mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara. Mesyuarat dua hari itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 Jun lalu yang dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Seperti biasa, sebelum mempengerusikan mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 11 pagi, Tuanku Muhriz berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama. Tuanku Muhriz kemudiannya menanam pokok Buah Ajaib di…

Read More

Telur kurang tiada kaitan PRU

PUTRAJAYA 29 Nov. – Tidak ada asas kukuh mengaitkan bekalan telur disorok,  kemudian dilambakkan dalam pasaran kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  Azman Mohd Yusof Katanya, bekalan telur masih belum stabil sepenuhnya dan tinjauan dan pemeriksaan mendapati beberapa negeri masih berdepan masalah bekalan. “Dakwaan bekalan sudah pulih adalah tidak berasas. Kita teruskan pemantauan, saya sudah minta pengarah negeri keluarkan data semasa hasil pemeriksaan mereka di lapangan, telur cukup atau tidak cukup. “Kalau tidak cukup bekalan, kita akan hubungi…

Read More

Tidak minat korek kisah lampau pentadbiran

PUTRAJAYA 29 Nov. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak berminat untuk mengorek kisah lampau dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini kerana yang lebih penting adalah mengembalikan imej perkhidmatan awam ke tahap lebih tinggi. Katanya, keadaan mesti berubah, termasuk perkhidmatan awam dan pimpinan di kementerian dan jabatan. “Saya harap saudara bekerja dan hormati disiplin jika saudara lihat ada kelonggaran, kecuaian sebelumnya itu sejarah lampau. Bukan bermaksud saya untuk mengorek kisah lama. Tetapi yang penting adalah ke depan,” katanya. Anwar berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dataran Perdana Putra di Putrajaya…

Read More

Hormati sistem perkhidmatan awam

PUTRAJAYA 29 Nov. – Menteri yang bakal dilantik menganggotai Kabinet dalam masa terdekat diingatkan supaya menghormati sistem perkhidmatan awam sebagai tonggak dalam pentadbiran kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mengingatkan, menteri dan penjawat awam saling memerlukan kerana masing-masing memiliki kepakaran khusus untuk digunakan dalam menguruskan pentadbiran kerajaan. Katanya, adalah mustahak untuk mendengar pandangan daripada pegawai kerana mereka berpengalaman dan memiliki kepakaran tertentu untuk membantu seseorang menteri. “Saya alami pengalaman di banyak kementerian, kebudayaan, belia dan sukan, pertanian, pendidikan dan kewangan. “Di beberapa institusi itu, saya boleh manfaat.…

Read More

Cerita sebenar No PKR, No DAP, No Bersatu

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah hanya untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukannya selepas pilihan raya. Justeru Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, UMNO tidak akan mengabaikan prinsipnya dalam kerjasama strategik di antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang di dalamnya ada DAP. Katanya, apa yang berlaku dalam arena politik negara hari ini tidak akan menghilangkan identiti UMNO yang tetap tidak berubah objektif penubuhannya iaitu sebagai wadah perjuangan…

Read More