Kes harian Covid-19 catat peningkatan

PUTRAJAYA 29 Nov. – Kes jangkitan harian Covid-19 semalam, Isnin mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 2,465 kes termasuk satu kes import berbanding 2,022 kes pada hari sebelumnya. Data di portal KKMNOW menunjukkan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 4,950,315 dan 38,444 kes import. Lima kes kematian direkodkan akibat jangkitan berkenaan, dengan dua kes kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa jumlah keseluruhan 36,657 orang serta 7,800 kes BID. Sementara itu, sebanyak 27,638 kes aktif dicatatkan semalam dan daripada jumlah itu 25,614 kes atau 92.7 peratus daripadanya sedang menjalani…

Read More

Bersatu nafi cubaan beli dua ADUN BN

IPOH 28 Nov. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menafikan dakwaan Menteri Besar, Saarani Mohamad bahawa Perikatan Nasional (PN) cuba membeli empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan negeri. Setiausahanya, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, kenyataan itu adalah tidak benar serta tidak berasaskan fakta. “Saya tidak pernah memberi, menawarkan mahupun hendak ‘membeli’ ADUN BN, janganlah membuat tuduhan begitu. Saya sendiri tidak pernah hubungi mana-mana ADUN BN sehinggalah beliau (Saarani) mengangkat sumpah pada 22 November lalu. Sebelum itu), saya sendiri jumpa beliau (Saarani) pada jam 3 pagi pada 20…

Read More

Cacar monyet kini dinamakan ‘mpox’

GENEVA 28 Nov. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan hari ini, cacar monyet akan dinamakan mpox dalam bahasa Inggeris, dalam usaha untuk mengelakkan stigma yang berpunca daripada nama sedia ada. Agensi kesihatan PBB itu dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas beberapa siri perundingan dengan pakar global. “WHO akan mula menggunakan istilah pilihan baharu ‘mpox’ sebagai sinonim untuk cacar monyet. Kedua-dua nama itu akan digunakan serentak selama setahun, manakala ‘cacar monyet’ ditamatkan secara berperingkat. “WHO akan mengguna pakai istilah mpox dalam komunikasinya, dan menggalakkan orang lain mengikuti cadangan ini,…

Read More

Pembentukan Kabinet ambil sedikit masa

PETALING JAYA 28 Nov. – Ketika tular pelbagai laporan mengenai senarai Kabinet baharu (Foto) hakikatnya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, perlu mengambil sedikit masa susulan pembentukan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai saiz lebih kecil. Anwar berkata, pembentukan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan akan dimuktamadkan dalam kadar segera selepas mendengar pandangan semua pihak termasuk parti yang membentuk kerajaan berkenaan. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, ia perlu dilakukan secara teliti dan pihaknya tidak sanggup pembentukan Kabinet sekadar hanya mengisi kuota. “Sesegera mungkin seperti mana yang saya sebut, tidak seperti biasa, Kerajaan Perpaduan ini…

Read More

Malaysia-Brunei kukuh hubungan

PUTRAJAYA  28 Nov. – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama anakandanya, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi memperkukuhkan hubungan Malaysia-Brunei, hari ini. Menurut kenyataan Kementerian Luar, Lawatan Khas Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia adalah, bagi menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara Malaysia-Brunei, selain meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memanfaat kedua-dua negara. Ini adalah pertemuan julung kali antara baginda dan Anwar yang dilantik Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu. Terdahulu! Sultan Hassanal Bolkiah yang memandu sendiri…

Read More

Pas terus jadi sasaran DAP

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Pas mendakwa terus menjadi sasaran DAP selepas parti itu meraih kerusi terbanyak berbanding parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata DAP ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai pada waktu siang demi kepentingan politiknya. “Pandangan orientalis dan media Barat yang bermusuh serta berbohong terhadap Islam yang disebarkan di negara Barat diimport ke Malaysia oleh DAP, sehingga dilaporkan maklumat yang salah terhadap Pas. Tindakan ini secara halus boleh mengelirukan mereka yang tidak mengkaji Islam daripada…

Read More

Cukuplah berpolitik, ketepi sentimen politik

PEKAN 28 Nov. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kerajaan negeri supaya meletakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan. Baginda mahu kerajaan yang baharu dibentuk mengetepikan ideologi dan sentimen politik. “Kini bukan lagi masa untuk berpolitik, cukup-cukuplah. Pilihan raya telah tamat, kerajaan negeri telah dibentuk. Sekarang masa untuk bekerja,” titah baginda pada Istiadat dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini hari ini. Pada istiadat itu,…

Read More

Wan Rosdy angkat sumpah MB Pahang

PEKAN 28 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada 14 Oktober lalu. Pelantikan Wan Rosdy, 64, disempurnakan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, hari ini. Istiadat pengurniaan itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. Pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang itu dipersetujui…

Read More