2023 tahun luar biasa – Guan Eng

PUTRAJAYA 31 Dis. –  Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengucapkan selamat tahun baharu 2023 dengan harapan tahun 2023 akan dirahmati dan menjadi tahun yang luar biasa. “Kini tiba masanya untuk lupakan yang sudah lepas dan raikan permulaan baharu! Semoga tahun baru ini kita sama-sama dirahmati. Kejarlah cita-cita dan manfaatkan tahun baru 2023 ini sepenuhnya kerana hidup ini tidak lama. “Semoga anda seisi keluarga sentiasa sihat, memperoleh rezeki yang baik dan bahagia pada tahun mendatang,” katanya melalui hantaran di Facebooknya. Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Guan Eng bersama bapanya, Lim…

Read More

Tadbir urus baik, bebas rasuah tingkat keyakinan pelabur

PUTRAJAYA  31 Dis. – Kerajaan akan terus memperkasa usaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pelabur luar dengan mengamalkan tadbir urus yang baik dan menjadikan Malaysia bebas rasuah, kata Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim. Beliau berkata, kerajaan telah mendapat senarai pelabur dari negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, China, India serta beberapa negara sekitar Asia yang akan datang dan melihat sendiri perkembangan di Malaysia khususnya dari aspek ekonomi. “Kita harap ada tumpuan baharu yang boleh meningkatkan dan memacu pertumbuhan ekonomi lebih meyakinkan. Ini perlu kerana Malaysia adalah negara perdagangan yang selama ini mencatat kadar…

Read More

Covid-19: Pastikan rakyat selamat

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN),  Muhyiddin Yassin berharap kerajaan dapat mengambil langkah-langkah segera untuk memastikan rakyat selamat daripada jangkitan varian baharu Covid-19 yang dikesan di beberapa buah negara. Beliau juga pada masa yang sama, berharap kerajaan dapat segera melaksanakan langkah-langkah untuk meringankan beban kehidupan rakyat, lebih-lebih lagi dalam menghadapi suasana ekonomi yang dijangka lebih mencabar pada tahun hadapa “Marilah kita sama-sama berdoa semoga negara kita dilindungi daripada sebarang musibah serta dapat menjalani kehidupan dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam hantaran…

Read More

Bersedia hadapi keadaan tidak menentu

SINGAPURA 31 Dis. – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengingatkan rakyatnya supaya bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak menentu pada masa depan dengan kekal bersatu padu sebagai satu rakyat. “Kita mesti bersiap sedia berdepan ketidaktentuan pada masa akan datang,” kata Lee dalam Perutusan Tahun Baharu 2023 hari ini. Beliau berkata di peringkat peringkat antarabangsa “kekal bermasalah” dengan konflik Rusia-Ukraine terus berlanjutan, tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berakhir. “Ketegangan Amerika Syarikat-China mungkin berterusan. Masih belum jelas seberapa cepat China dapat pulih daripada Covid-19, manakala AS dan EU mungkin mengalami kemelesetan,”…

Read More

Bukan hanya tumpu pada China

PUTRAJAYA 31 Dis. – Varian baharu Covid-19 boleh merebak merentas sempadan antarabangsa dengan pantas dan boleh muncul di mana-mana, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Justeru, tumpuan dan tindakan hanya untuk negara China sahaja tidak berkesan dan juga tidak munasabah sebaliknya meningkatkan pemantauan dan survelan dari pelbagai sumber. “Apa yang penting adalah berkongsi maklumat jujukan genomik dengan negara-negara lain dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini dapat dijalankan melalui pengambilan sampel dan ujian secara rawak oleh pihak KKM/ IMR. “Kita sepatutnya jangan alpa dan meningkatkan aktiviti pencegahan dan kepatuhan…

Read More

Lebih banyak negara saring pelancong China

PERANCIS dan Britain turut mengambil langkah melaksanakan ujian saringan Covid-19 untuk pelancong China yang masuk ke negara-negara berkenaan susulan lonjakan kes di negara itu. Sebelum ini, Sepanyol, Korea Selatan dan Israel turut mengambil langkah sama iaitu pelancong dari China perlu mengemukakan bukti ujian saringan Covid-19 mereka adalah negatif. Itali, Jepun, India, Malaysia, Taiwan dan Amerika Syarikat juga mewajibkan ujian saringan dengan keputusan negatif untuk semua pelancong dari tanah besar China dalam usaha untuk mengelakkan penyebaran varian virus baharu. Sementara itu situasi di hospital dan bilik mayat di China dilaporkan berdepan…

Read More

Bomba bantu keluar cincin di kemaluan

KUALA KANGSAR 31 Dis. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengeluarkan cincin yang terlekat pada kemaluan seorang lelaki warga emas semalam. Menurut jurucakap Bonba, lelaki berusia 72 tahun itu datang sendiri ke Hospital Kuala Kangsar, di sini, bagi meminta bantuan mengeluarkan cincin berkenaan. JBPM  menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul  7.41 malam dan berikutan itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian. Komander operasi kemudiannya mengarahkan anggota menggunakan pemotong cincin bagi memotong cincin tersebut dan ia mengambil masa hampir 10 minit.

Read More

583 kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 31 Dis. – Jumlah kes jangkitan kes harian Covid-19 kekal di bawah 1,000 tetapi melebihi 500 kes apabila 583 kes direkodkan semalam berbanding 679 yang dilaporkan pada hari sebelumnya. Menurut portal KKMNOW, sebanyak 576 kes tempatan dan tujuh kes import dilaporkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat kepada 4,987,633 dan 38,531 kes import. Bagi tempoh yang sama, satu kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 36,852 orang meninggal dunia termasuk 7,852 kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif semalam turun sebanyak…

Read More