BANGKOK 10 Julai – Thailand merekodkan 22 kematian dan 2,004 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 30,835 orang meninggal dunia manakala jumlah kes meningkat kepada 4,545,043.
Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes baharu itu tidak termasuk 3,385 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan menjadi 5,389 kes.
Semalam, sebanyak 24,557 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 10,391 di hospital, 941 di kemudahan hospital dan 13,195 di sumah atau pusat pengasingan komuniti.
Sebanyak 772 pesakit dalam keadaan kritikal dengan 352 bergantung kepada bantuan ventilator.
Sementara itu sebanyak 140.41 juta dos vaksin diberikan sehingga semalam di mana 82.0 peratus daripada penduduk mendapat sekurang-kurangnya satu dos, 76.6 peratus sekurang-kurangnya dua dos dan 43.2 peratus satu dos penggalak
Semalam, sebanyak 119,086 dos vaksin didaftarkan iaitu 11,202 dos pertama, 23,422 dos kedua dan 84,462 dos penggalak.
