Henti bangkit isu perkauman

KUALA LUMPUR 30 Nov. –  Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menitahkan agar tiada lagi pemimpin di negara ini  membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut masyarakat. Tuanku Muhriz turut menitahkan agar kerajaan baharu yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap yang lebih tinggi. “Beta menyeru kerajaan baharu untuk memupuk semangat kebersamaan atau spirit of togetherness di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya,” titah baginda dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260…

Read More

Pemimpin ketuai lafaz ikrar Rukun Negara

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, mencadangkan agar lafaz ikrar Rukun Negara terus dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam majlis-majlis yang bersesuaian. Titah baginda, lafaz ikrar ini juga hendaklah diketuai oleh para pemimpin yang dilantik dan bukan lagi dalam kalangan belia yang bersuara lantang. “Ini akan membuktikan bahawa kerajaan serius dalam menjadikan Rukun Negara sebagai asas dan panduan rakyat Malaysia,” titah baginda pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 di Istana Negara, yang berakhir hari ini. Mesyuarat dua hari itu bermula semalam yang turut…

Read More

Tambah baik pelantikan anggota JAC

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pelantikan lima daripada sembilan ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak sepatutnya dilakukan oleh Perdana Menteri sebaliknya diserahkan kepada beberapa institusi lain. Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang mencadangkan demikian bertitah, pelantikan boleh dibuat oleh Majlis Peguam, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen. “Dengan kaedah sebegini, keanggotaan JAC akan lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak,” titah baginda dalam kenyataan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 di Istana Negara, yang berakhir hari ini. Pada masa ini, JAC mempunyai sembilan…

Read More

PH sedia bersama BN hadapi PRN Selangor

SHAH ALAM 30 Nov. – Pakatan Harapan (PH) Selangor tidak menolak kemungkinan membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Selangor yang dijangka pada pertengahan tahun depan. Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari, berkata kesediaan itu selepas mengambil kira kerjasama PH dan BN dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di Putrajaya. “Kalau ada persefahaman (dengan BN) sudah pasti sebab kita ingin meneruskan apa berlaku di Pusat. Pasti formula pusat itu ada nilai kestabilan, walaupun Selangor cukup stabil, kita tidaklah besar kepala atau bersikap tamak haloba, kalau ada ruang…

Read More

Mesyuarat Majlis Raja-Raja berakhir

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Mesyuarat  Majlis Raja-Raja ke-260 yang bermula sekitar pukul 10 pagi ini berlangsung selama hampir dua jam. Mesyuarat hari kedua yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir itu tamat sekitar pukul 12.45 tengah hari. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berangkat ke mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Istana Negara. Turut berkenan berangkat ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Berangkat sama, Sultan Kedah, Al…

Read More

Kasut itu pemberian Sultan Johor

PUTRAJAYA 30 Nov. – Sepasang kasut kulit hitam yang dipakai, Anwar Ibrahim yang tular semalam adalah pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Perdana Menteri menerusi Twitter berkata kasut terbabit diberi Tuanku Sultan Johor dua tahun lalu. “Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” kata Anwar bagi menjawab satu ciapan menggunakan akaun Naratif Rakyat. Ciapan itu secara sinis membuat sindiran keputusan Anwar menolak penggunaan kereta jenis Mercedes S600 dan gaya pemakaian capalnya, namun hari ini memakai kasut kulit berjenama Louis Vuitton berharga lebih RM5,500. Selepas dilantik sebagai…

Read More

Covid-19 cecah 4,990,431 kes

PUTRAJAYA 30 Nov. – Kes jangkitan harian Covid-19 semalam, Selasa mencatatkanpenurunan dengan merekodkan 1,672 kes termasuk satu kes import berbanding 2,465 pada hari sebelumnya. Menurut data portal KKMNOW, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,990,431 iaitu 4,951,986 kes tempatan dan 38,445 kes import. Jumlah kematian pula meningkat kepada 10 orang berbanding lima pada Isnin dan ini termasuk dua kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Kedah mencatatkan tiga kematian termasuk satu BID, Perak (3), Johor, Selangor dan Terengganu masing-masing satu kes dan Melaka satu kes BID…

Read More

UEC : Dong Zong ajak bincang secara akademik

KAJANG 30:Nov. – Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sedia berdialog dan berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi mendalami  pelbagai isu pendidikan secara rasional dan pragmatik. Ini termasuk isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) yang diperbesarkan dan digembar-gemburkan secara berlebihan dengan cubaan mencetuskan konflik sosial, permusuhan dan sengketa. Dong Zong dalam kenyataannya semalam memahami kebimbangan masyarakat Melayu dan atas dasar itu, pihaknya sudi berdialog serta berbincang untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC. Pada masa yang sama Dong Zong menyeru pelbagai pihak supaya tidak menjadikan…

Read More