Agong terima menghadap Anwar

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, petang ini.

Menurut Facebook rasmi Istana Negara, sesi menghadap Anwar itu bermula pukul 5 petang.

“Sesi menghadap itu yang pertama selepas Anwar menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu,” katanya.

Related posts

Leave a Comment