Siri H catat bidaan lebih RM25 juta

SEPANG – Dalam tempoh dua hari sejak dibuka semalam, nombor pendaftaran istimewa siri ‘H’ yang ditawarkan sempena Hari Malaysia mendapat sambutan luar jangka dengan nilai bidaan terkumpul melebihi RM25 juta.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam hantaran di Facebook, memaklumkan hasil bidaan itu bukan sekadar menyumbang kepada hasil kerajaan, malah dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai program dan inisiatif JPJ.

Ia termasuk Program MyLesen dan Program Pertukaran Topi Keledar Percuma selaras dengan komitmen JPJ terhadap kesejahteraan rakyat dan keselamatan jalan raya.

Bidaan siri ‘H’ masih dibuka secara dalam talian melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) sehingga pukul 10 malam 20 September ini manakala keputusan bidaan dijadual diumumkan pada 21 September.

Isnin lalu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, siri ‘H’ tidak pernah dikeluarkan dalam mana-mana siri sebelum ini.

Katanya, siri ini adalah siri nombor pendaftaran istimewa yang sangat istimewa dan patut diambil peluang oleh rakyat Malaysia untuk membida dan mendapatkannya.

Related posts

Leave a Comment