Arab Saudi lapor 1,273 kes

RIYADH 20 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,273 kes jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 512,142 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian meningkat kepada 8,103 orang termasuk 14 pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Sebanyak 1,091 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 493,240 orang. Jumlah kes aktif pula 10,799 di mana 1,380 dalam keadaan kritikal. Riyadh merekodkan 339 kes diikuti Makkah  207, Timur 200 dan Asir 174 .

Read More

Melontar jamrah…

MINA 20 Julai – Jemaah haji melontar jamrah semalam, dengan melontar tujuh batu kerikil yang disanitasi, yang disediakan oleh pihak berkuasa dalam beg kecil. Melontar adalah peringkat akhir rukun Islam kelima itu, dengan memulakan lontaran pertama pada 10 Zulhijah iaitu Jamrah Aqabah (kubra) selepas tiba dari Muzdalifah. Dengan langkah keselamatan ketat, setiap jemaah akan melakukan lontaran yang melambangkan ‘melawan iblis’ di Kompleks Jamrah itu. Pada hari-hari berikutnya akan melibatkan lontaran tiga jamrah iaitu Ula, Wusta dan Aqabah Tiada kesesakan dilaporkan kerana jumlah jemaah yang hanya dihadkan kepada 60,000 orang berikutan…

Read More

5,594 kenderaan diarah berpatah balik

KUALA LUMPUR 20 Julai – Sebanyak 5,594 kenderaan yang tidak mempunyai dokumen sah untuk merentas negeri dan daerah diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) semalam berbanding 4,666 kenderaan kelmarin. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Zainal Abidin Kasim berkata, jumlah kenderaan itu adalah daripada 456,019 kenderaan yang diperiksa di SJR di seluruh negara semalam. Selain itu, sebanyak 355 kompaun turut dikeluarkan di SJR kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari…

Read More

59.3 peratus kes dalam kategori satu

PUTRAJAYA 20 Julai – Kes jangkitan Covid-19 kembali mencecah 12,000 kes selepas dua hari berturut-turut mencatatkan lebih 10,000 kes iaitu 10,710 pada 18 Julai dan 10,972 pada 19 Julai. Hari ini, sebanyak 12,366 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 939,899 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 7,327 kes atau 59.3 peratus berada dalam kategori satu atau tidak bergejala manakala 4,861 kes bersamaan 39.2 peratus dalam kategori dua atau pun bergejala ringan. “Secara…

Read More

Had 100 orang majlis kahwin

SINGAPURA 20 Julai – Pihak berkuasa membenarkan sehingga 100 orang menghadiri majlis perkahwinan dengan ujian praacara mulai Khamis, lebih rendah daripada 250 yang diumumkan pada 16 Julai lalu. Langkah terbaru itu bagi membendung penularan lanjut Covid-19 dalam masyarakat. berikutan lonjakan kes jangkitan koronavirus dalam masyarakat. Menurut Kementerian Kesihatan, majlis persandingan boleh diteruskan, dengan sehingga 100 hadirin yang menjalani ujian praacara atau 50 orang tanpa ujian praacara. Mereka yang belum menerima suntikan vaksin digalakkan tidak hadir acara sedemikian memandangkan risiko lebih tinggi mereka dijangkiti virus. Syarat-syarat lain seperti kumpulan sehingga lima…

Read More

38 premis diarah tutup

KUALA LUMPUR 20 Julai – Sebanyak 38 premis kilang, perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan kerajaan. Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata kesalahan 38 premis itu dikesan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang membuat 83,215 pemeriksaan dan ‘snap check’. Jelas beliau, kerajaan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dengan melakukan  pemeriksaan ke atas 1,970 kilang, 16,530 premis perniagaan, 1,031 tapak pembinaan dan 272 asrama penempatan pekerja. Sementara itu seramai 388 individu ditahan kerana ingkar SOP di mana 355 dikompaun,…

Read More

Kuala Lumpur lepasi 100,000 kes

PUTRAJAYA 20 Julai – Selangor dan Kuala Lumpur kembali mencatatkan kes Covid-19 yang tinggi berbanding semalam sekaligus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes harian seluruh negara yang meningkat kepada 12,366. Menurut Kementerian Kesihatan, Selangor merekodkan 5,524 berbanding 4,404 sementara Kuala Lumpur mencatatkan 1,580 berbanding 609 semalam yang menjadikan dua negeri itu menyumbang 7,104 daripada 12,366 kes. Kuala Lumpur juga mencatatkan jumlah kumulatif 100,752 kes, negeri kedua melepasi 100,000 kes selepas Selangor. Sabah yang merekodkan 651 kes semalam menambah kepada 657 kes, Pulau Pinang 460 (426), Sarawak 351 (301), Terengganu 190…

Read More

Lagi lokaliti dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR 20 Julai – Sembilan lokaliti di Sarawak dan Sabah akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Khamis ini bagi mengawal penularan Covid-19 di kawasan itu. Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, PKPD di lima kampung di Sabah akan dilanjutkan selama 14 hari, manakala satu PKPD di dua kampung Orang Asli di Pahang, akan ditamatkan esok. Di Sarawak melibatkan Kampung Bintawa Hilir dan Kampung Sungai Tapang di Kuching, Sarawak. PKPD  di Kota Kinabalu, Sabah pula adalah Kilang Papan Lusera Telipok, Kampung Mogiding…

Read More

Usir warga asing langgar SOP

PUTRAJAYA 20 Julai – Usir mereka. Itu arahan kepada Jabatan Imigresen (Imigresen) jika ada warga asing terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Aidiladha di Juru, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pagi ini. Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, yang mengeluarkan arahan itu memberi jaminan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terbabit menganjurkan majlis berkenaan. Dalam kenyataannya, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah sudah pun memulakan siasatan. Selain…

Read More

Singapura kembali ke Fasa 2

SINGAPURA 20 Julai – Mulai Khamis, 22 Julai hingga 18 Ogos, Singapura kembali ke Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) untuk menangani kes Covid-19 yang terus meningkat. Di bawah fasa itu, menjamu selera di kedai F&B tidak dibenarkan dan jumlah orang dalam perhimpunan sosial dihadkan semula kepada dua orang. Semua perniagaan F&B, termasuk pusat penjaja dan pusat makanan, hanya dibenarkan menawarkan khidmat penghantaran, bungkus dan dibawa pulang mulai Khamis. Baru-baru ini, Singapura mengorak langkah pertama dalam pelan pembukaan semula secara bertahap dengan beberapa kelonggaran termasuk makan berlima di satu meja berbanding berdua…

Read More