PBB kesal AS halang wakil Palesrin

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kesal dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) menafikan visa kepada pegawai Palestin sehingga menghalang Presiden Mahmoud Abbas, daripada menghadiri Minggu Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) tahun ini secara fizikal.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, amat kesal dengan pengumuman AS untuk melanjutkan sekatan yang akan menyebabkan anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) dinafikan visa bagi menyertai mesyuarat PBB.

Jurucakap Guterres, Stephane Dujarric berkata, Guterres sekali gus menggesa AS selaku negara tuan rumah supaya memastikan visa dikeluarkan kepada semua delegasi selaras dengan tanggungjawabnya bawah Perjanjian Ibu Pejabat PBB-AS 1947.

Dujarric memaklumkan bahawa Guterres akan terus berhubung dengan pihak berkuasa AS mengenai perkara itu.

Khamis lalu, UNGA menerima pakai satu resolusi yang membolehkan Abbas menyertai Perbahasan Umum tahun ini secara maya.

Keputusan itu dibuat sehari selepas Jabatan Negara AS mengumumkan visa akan terus dinafikan kepada pegawai Palestin termasuk Abbas, sekali gus menghalangnya menghadiri Minggu Peringkat Tinggi secara fizikal untuk tahun kedua berturut-turut.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment