Arab Saudi lapor 1,273 kes

RIYADH 20 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,273 kes jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 512,142 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian meningkat kepada 8,103 orang termasuk 14 pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Sebanyak 1,091 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 493,240 orang.

Jumlah kes aktif pula 10,799 di mana 1,380 dalam keadaan kritikal.

Riyadh merekodkan 339 kes diikuti Makkah  207, Timur 200 dan Asir 174 .

Related posts

Leave a Comment