38 premis diarah tutup

KUALA LUMPUR 20 Julai – Sebanyak 38 premis kilang, perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata kesalahan 38 premis itu dikesan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang membuat 83,215 pemeriksaan dan ‘snap check’.

Jelas beliau, kerajaan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dengan melakukan  pemeriksaan ke atas 1,970 kilang, 16,530 premis perniagaan, 1,031 tapak pembinaan dan 272 asrama penempatan pekerja.

Sementara itu seramai 388 individu ditahan kerana ingkar SOP di mana 355 dikompaun, 31 direman dan dua dijamin.

Op Benteng yang dijalankan turut menangkap 19 pendatang asing tanpa izin serta merampas tiga buah kenderaan darat.

Related posts

Leave a Comment