Had 100 orang majlis kahwin

SINGAPURA 20 Julai – Pihak berkuasa membenarkan sehingga 100 orang menghadiri majlis perkahwinan dengan ujian praacara mulai Khamis, lebih rendah daripada 250 yang diumumkan pada 16 Julai lalu.

Langkah terbaru itu bagi membendung penularan lanjut Covid-19 dalam masyarakat.

berikutan lonjakan kes jangkitan koronavirus dalam masyarakat.

Menurut Kementerian Kesihatan, majlis persandingan boleh diteruskan, dengan sehingga 100 hadirin yang menjalani ujian praacara atau 50 orang tanpa ujian praacara.

Mereka yang belum menerima suntikan vaksin digalakkan tidak hadir acara sedemikian memandangkan risiko lebih tinggi mereka dijangkiti virus.

Syarat-syarat lain seperti kumpulan sehingga lima orang semeja dan langkah pengurusan selamat yang ketat tetap dilaksanakan, termasuk mengekalkan jarak selamat dan menghindari daripada bergaul dengan tetamu di meja berbeza.

Related posts

Leave a Comment