5,594 kenderaan diarah berpatah balik

KUALA LUMPUR 20 Julai – Sebanyak 5,594 kenderaan yang tidak mempunyai dokumen sah untuk merentas negeri dan daerah diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) semalam berbanding 4,666 kenderaan kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Zainal Abidin Kasim berkata, jumlah kenderaan itu adalah daripada 456,019 kenderaan yang diperiksa di SJR di seluruh negara semalam.

Selain itu, sebanyak 355 kompaun turut dikeluarkan di SJR kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengarahkan petugas keselamatan negara bersiap sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran sempena sambutan Aidiladha.

Di bawah Fasa Satu atau Dua PPN, kerajaan masih tidak membenarkan rentas daerah dan negeri.

Related posts

Leave a Comment